Saturday, July 6, 2024

Creating liberating content

6 Kes Baharu Koronavirus...

SINGAPURA - Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini mengesahkan enam lagi jangkitan koronavirus...

Gaya Rider Otai.. Makan...

Tak ada niat sikit pun nak mengaibkan makcik ni apatah lagi ia mungkin...

Lawak Kumpulan Jalur MLM...

PROGRAM lawak popular, Maharaja Lawak Mega 2014 kembali dengan musim terbaharunya bermula Jumaat...

Nafi Aktiviti Pembalakan Di...

SEREMBAN – Tiasa kelulusan diberikan bagi aktiviti pembalakan di kawasan Bukit Baginda di...

Rafizi Bikin Pembangkang ‘Naik Angin’

KUALA LUMPUR: Beberapa ahli Parlimen pembangkang ‘naik angin’ di Dewan Rakyat hari ini, selepas tidak berpuas hati dengan kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, bahawa empat negeri ditadbir pembangkang masih bergantung kepada peruntukan kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan projek.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kenyataan itu menyebabkan Dewan kecoh kira-kira 10 minit, selepas beberapa Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) termasuk Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau), Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) dan Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) bangkit mempersoalkan kesahihannya.

Terdahulu, Rafizi menjawab soalan Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) mengenai pendirian kerajaan dalam menggalakkan kerjasama rentas negeri termasuk dalam kalangan negeri pembangkang.

“Kalau saya boleh sebutkan, Bachok (Mohd Syahir) jangan marah. Kalau tengok kepada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, contohnya Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah, mereka masih bergantung kepada peruntukan kerajaan Persekutuan untuk laksana projek di negeri mereka.

“Saya melihat ia tidak adil kepada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri lain yang lama tak diberikan peruntukan (oleh kerajaan Persekutuan),” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Jawapan Rafizi itu dibidas keras oleh Shahidan yang menyifatkannya sebagai tidak berasas.

“Nilai tanah di Perlis berlainan dengan Selangor, satu ekar (0.3 hektar) tanah di Perlis harganya RM60,000 (sahaja) Jawapan menteri ini tak berfikiran waras.


“Kerajaan Persekutuan ini siapa punya? Ia hak bersama,” katanya.

Bangkangan itu disambut Muhammad Zawawi yang bangkit menyuarakan sokongan terhadap pandangan Shahidan.

Dewan terus hingar-bingar apabila Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) bangun mempertahankan jawapan Rafizi.

“Itulah faktanya. Terimalah dengan hati terbuka, jangan pula menyanggah. Terimalah hakikat,” katanya.

Kekecohan berlarutan apabila Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) bangkit mencelah beberapa kali sehingga Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, memberi kata dua supaya tidak mengganggu Rafizi menjawab soalan.

“Kalau Pendang bangun sekali lagi, Pendang boleh keluar (dari Dewan),” tegasnya sekali gus memaksa Awang akur sebelum suasana Dewan kembali tenang.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori