Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Najib, Rosmah Belum Tarik...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah...

Pelabur Lari Beri Kesan...

BIMBANG... Tindakan pelabur asing keluar dari bursa tempatan secara berterusan sejak Pilihan Raya...

Geng Gi Mekoh Nga...

SANGKUT... Proses dapat visa Arab Saudi yang agak sukar menyebabkan kumpulan penunggang Gi...

‘Saya Sendiri Hadir Tapi...

PUTRAJAYA: Aktivis Badrul Hisham Shaharin masih belum menerima Surat Tuntutan (LOD) daripada Menteri...

Sarawak Anjur Sukan Perpaduan 18 Hingga 19 November Ini

KUCHING: Sukan Perpaduan 2023 antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) akan berlangsung pada 18 dan 19 November ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beberapa acara sukan dilangsungkan sepanjang dua hari program berkenaan dijalankan melibatkan barisan menteri, pegawai kanan serta kakitangan badan induk sukan peringkat persekutuan dan Sarawak.

“Antara acara sukan yang dilangsungkan pada hari pertama seperti golf, tenpin boling, badminton, bola jaring dan boling padang.

“Berbanding hari kedua yang menghimpunkan acara sukan rakyat seperti bola sepak sarung, menyumpit, terompah gergasi, tarik tali, batak lampong dan sukaneka (berhalangan),” ujar Abdul Karim dalam sidang media bagi penganjuran “Sukan Perpaduan Mysed & Kementerian Belia Sukan Malaysia (KBS) 2023 di pejabatnya di sini hari ini.


Justeru itu beliau yakin dengan percaya adanya pengelolaan program sukan seperti ini ia secara langsung dapat menyampaikan mesej kerajaan yang sekata sekali gus melahirkan kakitangan yang cintakan aktiviti kecergasan serta berperanan melahirkan masyarakat yang memahami budaya semua kaum.

“Selain dapat menjalinkan silaturahim antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak, ia juga diharap dapat mewujudkan persefahaman dan saling menghormati dalam kalangan masyarakat,” tambahnya.

Majlis perasmian sukan itu nanti dijangka akan disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori