Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Fungsi Majlis Agama Islam...

GEORGE TOWN - Majlis Agama Islam sewajibnya berperanan sebagai sebuah dewan pemikiran dan...

Jakim Percepat Proses Pengesahan...

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempercepatkan proses permohonan sijil halal kepada...

FAMA Melaka Catat Nilai...

ALOR GAJAH - Sejumlah 58 petani Ladang Kontrak di bawah kendalian Lembaga Pemasaran...

LGBT Bertentangan Undang-Undang Malaysia

KUALA LUMPUR - Golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak dibenarkan mengamalkan...

Selepas Lawat Israel, Netanyahu Bawa Musk Saksi Kemusnahan Di Gaza

GAZA : Seorang pegawai kanan Hamas, menjemput bilionair Amerika Syarikat (AS), Elon Musk untuk melawat Semenanjung Gaza di Palestin bagi melihat tahap kemusnahan akibat pengeboman Israel.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

“Kami menjemput beliau melawat Gaza untuk melihat sejauh mana pembunuhan beramai-ramai dan kemusnahan yang dilakukan terhadap penduduk Gaza, dengan mematuhi standard objektiviti dan kredibiliti,” kata pegawai kanan Hamas, Osama Hamdan pada sidang akhbar di Beirut pada Selasa.

Pada Isnin, Musk, mogul media sosial yang dikecam kerana menyokong mesej anti Yahudi melawat tapak serangan Hamas ke atas Israel dan mengisytiharkan komitmennya untuk melakukan apa saja yang perlu untuk menghentikan penyebaran kebencian.

Musk memiliki platform media sosial X.

Kenyataan Osama dibuat sehari selepas gencatan senjata sementara antara Israel dan Hamas dilanjutkan lagi selama tempoh 48 jam.


“Dalam tempoh 50 hari, Israel menjatuhkan lebih 40,000 tan bahan letupan ke atas rumah penduduk Gaza yang tidak berdaya.

“Saya menyeru Presiden AS, (Joe) Biden untuk mengkaji semula hubungan AS dengan Israel dan berhenti membekalkan mereka dengan senjata,” katanya.

Bercakap mengenai kemusnahan Gaza akibat serangan Israel sejak konflik bermula pada 7 Oktober lalu, Osama meminta masyarakat antarabangsa segera menghantar pasukan pertahanan awam, khusus untuk membantu mengeluarkan mayat yang masih terperangkap di bawah runtuhan.

Kementerian Luar Palestin berkata, ribuan lagi masih terperangkap.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori