Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Polis Kelantan Tahan Dua...

KOTA BHARU - Polis menahan dua lelaki dan merampas sepucuk pistol dalam satu...

Pemilik Akaun Twitter ...

KUALA LUMPUR - Polis menahan pemilik akaun Twitter 'Zoonar Cartoonist' di @zunarkartunis kerana...

Dr. Teo Nafi Cadang...

MIRI - Catatan laman sosial Facebook yang mendakwa wakil rakyat Parlimen Miri, Dr....

Rafizi Namakan Calon MPP...

KUALA LUMPUR : Menjelang Kongres Nasional PKR hujung minggu ini, Timbalan Presiden PKR,...

SPRM Lancar Strategi Antirasuah Nasional 2024-2029 Tahun Hadapan – Azam Baki

JAKARTA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melancarkan Strategi Antirasuah Nasional 2024-2029 (NACS 2024-2029) pertengahan tahun hadapan bagi menggantikan Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 (NACP 2019-2023) yang akan tamat hujung tahun ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata NACS akan lebih memfokuskan kepada keberkesanan pencegahan rasuah, meningkatkan tata kelola dan integriti dalam pentadbiran perkhidmatan awam dan syarikat berkaitan kerajaan.

Beliau berkata, kira-kira 62 peratus daripada 115 inisiatif NACP 2019-2023 sudah pun dilaksanakan ketika ini, sekali gus NACP 2019-2023 tidak sempat dilaksanakan secara keseluruhan.

Bagaimanapun, beliau berkata inisiatif NACP 2019-2023 yang belum tercapai akan dipertimbangkan untuk dilaksanakan menerusi NACS 2024-2029.

“Berdasakan pengalaman lalu, kita akan kurangkan. Apa yang penting keberkesanannya sama ada boleh tingkatkan dan memantapkan pentadbiran dan integriti dalam perkhidmatan awam dan syarikat berkaitan kerajaan,” katanya selepas menyampaikan ucaptama di Persidangan Antirasuah Sedunia 2023 (WACC 2023) anjuran Institut Strategi Antarabangsa (ISI) di sini hari ini.

Persidangan selama sehari ini menampilkan beberapa panel berkaitan antirasuah dari Malaysia, Indonesia, Australia, Jepun, Brunei, Singapura, Korea Selatan, Filipina dan Myanmar yang membincangkan pelbagai topik dan strategi membanteras rasuah di negara masing-masing.

Mengenai WACC 2023, Azam berkata persidangan seperti ini penting kerana setiap panel akan berkongsi pengalaman dan praktis terbaik menangani rasuah di negara masing-masing.


Beliau berkata, hasil perkongsian persidangan ini akan dipertimbangkan untuk memantapkan inisiatif dalam merangka NACS 2024-2029.

Sementara itu, mengulas mengenai setahun pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azam berkata Perdana Menteri tidak ragu-ragu dan beriltizam tinggi membanteras rasuah dan mengamalkan tata kelola pentadbiran yang baik dan tersusun.

“Kemahuan politik penting dan saya tidak ragu-ragu katakan kerajaan terutama Perdana Menteri mempunyai kemahuan politik tinggi dan dorongan untuk mencegah rasuah tahap maksimum.

“Perdana Menteri memberi kepercayaan dan memberi komitmen kepada SPRM dan meletakkan jangkaan tinggi pada SPRM untuk siasat dan mencegah rasuah di Malaysia,” katanya.

Terdahulu WACC 2023 turut dihadiri bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), SPRM Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil yang juga Pengerusi WACC 2023; Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Syed Md Hasrin Tengku Hussin dan Pengerusi ISI, Cheah Chyuan Yong.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori