Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Bayi Dibawa Dengan Helikopter...

TAWAU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah hari ini melakukan perkhidmatan...

Shiftwear – Kasut ‘Pintar’...

KEBIASAANNYA, seorang lelaki mempunyai tiga pasang kasut. Satu kasut untuk bersukan, satu kasut...

Terkejut Caj Parkir Kereta...

SUDAH acap kali kita dengar aduan mengenai kadar bayaran tempat letak kereta khususnya di ibu...

HFMD: Lagi Prasekolah Di...

SEREMBAN - Sebuah lagi prasekolah di Sekolah Kebangsaan Seremban 2A di sini ditutup...

Suspek Hina Perdana Menteri Di Media Sosial Ditahan Reman

PUTRAJAYA : Polis menahan lelaki mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui media sosial.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff berkata, lelaki berusia 43 tahun adalah pekerja kilang di Melaka dari Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) itu ditahan pada jam 9.30 malam di Melaka semalam.

Beliau berkata, perintah reman dikeluarkan Mahkamah Majistret BBST Sepang bermula hari ini sehingga esok bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan /14 Akta Kesalahan Kecil (AKK)/233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Semalam IPD Sepang melalui satu kenyataan menafikan anggotanya terbabit dalam satu hantaran jelik terhadap Perdana Menteri menerusi media sosial pada Selasa.


Melalui semakan dijalankan berdasarkan satu tangkap layar memaparkan komen yang dilontarkan seorang individu mendakwa anggota di IPD Sepang.

Semakan dijalankan pihak Bukit Aman menerusi telefon bimbit yang digunakan mengesahkan individu terbabit bukan warga kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM).

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori