Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

BMW Cantas Dakwaan Rafizi,...

Semalam, kecoh di media sosial dan blog pembangkang dengan satu isu panas apabila...

Waktu Tu Saya Fikir...

PENYANYI Hafiz Hamidun, 32, terpaksa menerima rawatan di sebuah hospital baru-baru ini akibat...

Ada Perkembangan Positif Dalam...

TANAH MERAH – Siasatan kes melibatkan seorang ejen kosmetik wanita dikenali sebagai Azi,...

Keadaan Banjir Di Perak,...

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir yang melanda Perak, Kelantan dan Terengganu tidak berubah...

Tawar RM5 Juta Bunuh PM: Polis Buka Kertas Siasatan

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung penularan sebuah video di TikTok yang menawarkan habuan RM5 juta kepada individu yang membunuh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan tersebut dan maklumat lanjut akan dimaklumkan kelak.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kita memandang serius perkara ini dan siasatan akan menjurus kepada tangkapan individu berkaitan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial tangkap layar video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok ‘Jaiadani89’ yang menawarkan RM5 juta kepada sesiapa yang menembak mati Perdana Menteri, menteri dan ahli-ahli sebuah parti politik.


Bagaimanapun, video berkenaan difahamkan telah dikeluarkan daripada platform media sosial berkenaan.

Sehubungan itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) membuat laporan polis susulan tindakan seorang individu yang membuat ugutan tersebut di media sosial.

Timbalan Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim dilaporkan berkata, tindakan itu dilihat seolah-olah ingin mencabar pihak berkuasa.

Kamil turut menyifatkan tindakan tidak bertanggungjawab itu tidak menjaga sensitiviti agama dan kaum.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori