Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kenapa Wanita Malaysia Susah...

BUAT insan yang bergelar wanita di luar sana, percayalah, tips diet yang paling...

DQI: Operasi Cari Bahan...

KUALA LUMPUR - Selepas lebih tiga jam pencarian bahan bukti di Taman Tasik...

Sharifah Haslinda, Reezal Merican...

PELAKON Sharifah Haslinda yang merupakan kakak kepada Sharifah Sakinah dilaporkan menarik balik permohonan...

Wanita, Adik, Didakwa Bunuh...

KAJANG - Seorang wanita dan adik lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini  hari...

Tendang Isteri Hingga Patah Rusuk, Jaga Dipenjara 24 Bulan

Batu Pahat : Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 24 bulan serta denda RM5,000 terhadap seorang pengawal keselamatan selepas mengaku bersalah menendang isteri hingga patah rusuk dan hidung berdarah di sebuah rumah di Yong Peng, dekat sini minggu lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Moh Amin Keling, 51, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca oleh jurubahasa di hadapan Hakim Harmi Thamri Mohamad.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mencederakan isterinya Rahiza Rahmat, 52, dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Melayu Estate, Yong Peng, pada jam 6.15 petang, 9 November lalu.

Susulan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.

Hukuman bagi Seksyen 325 ialah penjara sehingga tujuh tahun serta denda manakala Seksyen 326A, penjara bagi suatu tempoh dua kali ganda yang mana boleh dikenakan atas sabitan bagi kesalahan mengikut Seksyen 325.

Berdasarkan fakta kes, sebelum kejadian berlaku pertengkaran antara tertuduh dengan isterinya yang berpunca daripada keengganan wanita itu memberikan kad bank milik tertuduh.

Pertengkaran itu kerana tertuduh mahu melihat baki wang RM30,000 sama ada masih ada dalam akaunnya atau tidak memandangkan kad bank itu dipegang isterinya.


Bagaimanapun, tertuduh hilang sabar apabila permintaan tidak diendahkan lalu menaikkan kaki dan menendang muka mangsa sebanyak tiga kali hingga cedera parah.

Kejadian itu turut disaksikan anak kedua-dua mangsa dan tertuduh. Mangsa kemudian mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Khalijah Khalid manakala tertuduh tidak diwakili pegusam.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setiap memandangkan kesalahan dilakukan tertuduh amat serius.

Selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan rayuan tertuduh, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 24 bulan serta denda RM5,000.

Mahkamah memutuskan hukuman berjalan dari tarikh tertuduh ditahan, 10 November serta tambahan penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori