Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pasang Lebih Banyak CCTV...

KUALA LUMPUR - Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) mencadangkan lebih banyak kamera litar...

Pelakon Johan Asari Ceriakan...

NEW DELHI - Pelakon Johan Asari atau lebih dikenali sebagai 'Botak' kerana wataknya...

DBKL Lulus 276 Tapak...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meluluskan sebanyak 276 tapak bazar...

Saya Tak Kaya Seperti...

SEBELUM ini, terdapat desas-desus yang menyatakan bahawa Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan...

UAE Bina Hospital Medan Di Gaza

ABU DHABI: Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, pada Isnin mengarahkan penubuhan hospital medan di Gaza sebagai sebahagian daripada operasi kemanusiaan ‘Gallant Knight 3’.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Agensi Berita Emirates (WAM) melaporkan, lima pesawat berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi membawa peralatan dan bekalan yang diperlukan untuk hospital medan itu pada Isnin.

Kargo itu dijadual diturunkan di Lapangan Terbang Al-Arish di Mesir sebelum dipindahkan ke Semenanjung Gaza.

Hospital medan dengan kapasiti 150 katil itu akan didirikan mengikut fasa.

Kemudahan itu termasuk jabatan untuk pembedahan am, ortopedik, pediatrik dan ginekologi, sebagai tambahan kepada anestesia dan unit rawatan rapi yang memenuhi keperluan kanak-kanak dan orang dewasa.


Hospital medan itu juga bakal dilengkapi dengan klinik perubatan dalaman, pergigian, psikiatri, dan perubatan keluarga.

Perkhidmatan tambahan akan termasuk imbasan CT, makmal, farmasi dan lain-lain.

Inisiatif itu mencerminkan sokongan dan solidariti UAE dengan rakyat Palestin.

UAE sebelum ini mengumumkan pemberian bantuan segera kepada rakyat Palestin berjumlah AS$20 juta (RM93 juta) selain inisiatif membawa kira-kira 1,000 kanak-kanak Palestin dari Semenanjung Gaza bersama keluarga mereka untuk rawatan perubatan di hospital UAE.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori