Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Gabung Kursus Keibubapaan Dengan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merancang menggabungkan kursus keibubapaan...

Kes Kebakaran Sepang: Belum...

POLIS telah mengambil keterangan daripada anggota keluarga, jiran dan pemilik rumah sewa untuk...

Pekebun Kecil Sawit Bantah...

KUALA LUMPUR – Perhimpunan aman oleh pekebun kecil sawit hari ini bagi membantah...

Pemandu Bas Ekspres Cabul...

KUALA TERENGGANU - Seorang pemandu bas ekspres direman selama empat hari bagi membantu...

Wanita Bersuami Antara 644 Mangsa Love Scam

KUALA LUMPUR: Wanita berstatus isteri orang adalah antara 644 mangsa kes penipuan ‘Love Scam’ yang direkodkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman sepanjang tempoh 10 bulan pertama tahun ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Secara keseluruhan, seramai 810 mangsa termasuk 166 individu lelaki direkodkan menjadi mangsa penipuan cinta dalam talian.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata daripada jumlah 644 mangsa wanita, 307 daripadanya berusia 31 hingga 50 tahun yang secara lazimnya sudah berkahwin.

“Kita tidak menolak kemungkinan terdapat isteri-isteri yang membelakangi suami dengan melayan cinta alam maya menerusi media sosial.

“Wanita-wanita yang sudah berkahwin ini diperdaya melalui aplikasi Facebook, WeChat, Tinder, WhatsApp, Instagram dan sebagainya sehingga menjadi mangsa kepada penipuan ‘Love Scam’.

“Saya menasihatkan golongan ini supaya menghentikan perbuatan terbabit bagi mengelak menjadi mangsa penipuan sehingga mengalami kerugian wang akibat ditipu oleh individu yang kononnya menyintai dan menyayangi mereka secara maya,” katanya dalam sidang media mingguan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di sini, hari ini.


Ramli berkata, wanita berstatus isteri itu juga disarankan untuk mencari penyelesaian terbaik dalam apa juga masalah yang dihadapi.

“Ada situasi di mana wanita berstatus isteri orang ini ketika membuat laporan polis meminta pihak kami supaya merahsiakan kes mereka daripada pengetahuan suami masing-masing.

“Ini menyebabkan pihak polis mempunyai dua kerja, satu kerja menyiasat kes penipuan ‘Love Scam’ mereka dan satu lagi adalah memastikan kes itu tidak diketahui oleh suami mereka,” katanya berseloroh.

Beliau berkata, pihak polis tidak dapat menghalang wanita berstatus isteri dan suri rumah menjadi mangsa penipuan ‘Love Scam’, namun meminta mereka supaya lebih berhati-hati ketika melayan sebarang permintaan daripada kenalan yang meragukan di media sosial.

“Jadilah seorang pengguna laman sosial yang bijak dan tidak mudah terpedaya dengan pelbagai helah dan taktik penipuan yang menggunakan kasih sayang, cinta dan belas ihsan,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori