Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

IKATAN Desak Haramkan Dong...

1. Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) mendesak kerajaan PH khususnya Polis Di Raja...

Bajet 2018 Lulus, 107...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan bacaan peringkat dasar Undang-Undang Perbekalan 2018 atau...

Agong Dukacita Ketirisan Dalam...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini menzahirkan rasa...

50 Individu Terpilih Tunai...

SEPANG - Seramai 50 warga India Muslim termasuk lima mualaf dari seluruh negara...

Warga Emas Maut Kereta Terbabas Masuk Longkang

KUANTAN – Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam longkang di Jalan Air Putih 2 di sini pada Ahad.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam kemalangan kira-kira jam 12.35 pagi itu, mangsa, Cheong Chee Seng, 64, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Myvi dipercayai dalam perjalanan dari arah Beserah menghala ke Semambu.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas jatuh ke dalam longkang sedalam kira-kira tujuh meter yang berada di persimpangan Jalan Air Putih 2 ke Jalan Air Putih 5.


“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk proses bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Wan Mohd Zahari berkata, pihaknya sedang mengesan saksi kejadian bagi membantu siasatan.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori