Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Situasi Menang-Menang Penetapan Harga...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan memperkenalkan formula...

Khairul Hafiz Bakal Terima...

KUALA LUMPUR - Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mengumumkan ganjaran RM10,000 kepada Khairul Hafiz...

Hanya 30% Anggota Bomba...

SIK - Hanya 30 peratus daripada keseluruhan anggota bomba dan penyelamat dibenarkan mengambil...

Bekas PM Singapura Lee...

BEKAS Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew dimasukkan ke hospital kerana pneumonia dan...

Air Hijau Di Kampung Kuala Hau Bukan Fenomena Luar Biasa

MACHANG: Fenomena air hijau di Kampung Kuala Hau bukan situasi luar biasa berikutan sudah berlaku sejak tiga tahun lalu apabila musim banjir.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Penduduk kampung, Wan Syafiq Wan Suhaimi, 23, berkata kawasan berkenaan adalah anak sungai dan bertukar menjadi lautan hijau apabila hujan lebat berterusan.

“Air mula bertukar kehijauan pada Sabtu lalu dan penduduk kampung merakam situasi berkenaan sehingga tular di media sosial.

“Tiga tahun lalu, fenomena ini belum tular kerana dianggap perkara biasa bagi penduduk,” katanya ditemui di Kampung Kuala Hau, hari ini.

Tinjauan mendapati ramai penduduk kampung dan pemandu kenderaan singgah melihat fenomena berkenaan selain turut merakamnya kerana menganggap ia kenangan terindah.


Terdahulu situasi air bertukar lautan hijau itu tular di media sosial sehingga menarik perhatian orang ramai di seluruh negara malah ada yang datang untuk melihatnya sendiri.

Sementara itu, Pengarah Alam Sekitar Kelantan, Wan Aminordin Wan Kamaruddin berkata pihaknya telah ke lokasi dan mengambil sampel air sungai untuk dihantar ke Jabatan Kimia.

“Keputusan kimia sampel air yang diambil akan diketahui dalam masa yang terdekat,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori