Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Raja Permaisuri Sampai Sumbangan...

ALOR SETAR - Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan menyampaikan...

SKMM Siasat 16 Kes...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 16 kes penyalahgunaan media sosial disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan...

Meditasi Kubur Bantu Atasi...

LUPAKAN kaunseling perkahwinan. Ini ada kaedah baru yang diamalkan di China, untuk mengatasi...

How-to Produce Documents for...

That emphasis within the tale of my own undertaking into the British vocabulary...

Banjir Di Kelantan, Terengganu Semakin Pulih

KUALA LUMPUR: Kelantan dan Terengganu menunjukkan trend penurunan daerah yang terkesan dengan banjir, bilangan mangsa dan pusat pemindahan sementara (PPS).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mengikut Laporan Bencana Nasional dikeluarkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), bilangan mangsa di Kelantan menurun daripada 14,161 kepada 13,529 membabitkan 4,477 keluarga.

Jumlah itu menurun daripada 4,615. PPS yang dibuka juga menurun daripada 42 kepada 38.

“Di Terengganu pula mangsa menurun daripada 733 kepada 659 membabitkan 181 keluarga daripada 198 sebelum ini. PPS yang dibuka pula menurun daripada 13 kepada sembilan. Daerah yang terkesan pula menurun daripada tiga kepada dua,” katanya.

Sementara itu, trend banjir di Pahang meningkat daripada 138 mangsa kepada 145. Keluarga yang terkesan adalah 40 daripada 39.

Walau bagaimanapun bilangan PPS dibuka menurun daripada tujuh kepada enam dan daerah yang terkesan menurun daripada tiga kepada dua.


“Banjir di Johor masih lagi kekal dengan 55 mangsa membabitkan 15 keluarga, dua PPS dibuka dan satu daerah yang terkesan,” katanya.

Sementara itu, bencana tanah runtuh di Pahang masih lagi kekal dengan 87 mangsa dengan satu PPS dibuka dan membabitkan Cameron Highlands sahaja.

Jumlah keseluruhan mangsa bagi empat negeri yang terkesan dengan bencana adalah 14,475 membabitkan 4,730 keluarga di 11 daerah. Mereka ditempatkan di 56 PPS.

Setakat ini tiga kematian dilaporkan membabitkan mangsa banjir.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori