Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Warga Pendidik Sering Terbabit...

KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah mendedahkan tiga kesalahan rasuah...

Perak, Kelantan Bakal Alami...

PENDUDUK di Semenanjung Malaysia terutamanya di Perak dan Kelantan dikhabarkan akan merasai cuaca...

Bas Ekspres Terbabas &...

BATU PAHAT – Enam belas penumpang sebuah bas ekspres berhadapan detik cemas apabila...

50 Mangsa Banjir Di...

IPOH - Sejumlah 50 orang daripada 13 keluarga mangsa banjir dari Taman Pulai...

‘Banyak Kali Kami Call.. Tiada Respons, Akhirnya Terpaksa Masak Sendiri’

Seremban: Sekeluarga terpaksa memasak hidangan makanan kepada tetamu bagi majlis perkahwinan dianjurkan gara-gara pihak jurusaji tidak memberikan maklum balas pada saat akhir.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Abang kepada pasangan pengantin terbabit, Burhanuddin Rabbani Abdul Shukor, 31, dalam kenyataan menerusi Facebook berkata, pihak jurusaji itu sepatutnya menyediakan hidangan untuk 1,000 tetamu dan pelamin.

Beliau berkata, akibat kejadian itu, keluarganya kerugian RM13,000 bagi majlis perkahwinan yang berlangsung semalam di Dewan Maktab Rendah Sains MARA Serting.

“Untuk makluman semua, kami telah menjadi mangsa penipuan. Katerer ditempah oleh adik kami tidak hadir. Banyak kali kami cuba call (telefon) tapi tiada respons.

“Jadi kami adik-beradik memilih masak sendiri. Hanya kemampuan kami siapkan dalam anggaran 400 pax (bungkus) makanan… itu pun sekadar lauk ayam gulai, sambal belacan, buah dan ulam-ulaman,” katanya.


Burhanuddin turut memaklumkan pihaknya telah membuat laporan di Balai Polis Bandar Seri Jempol pada malam sebelum majlis berkenaan.

Dalam pada itu, Burhanuddin berkata, keluarganya juga bercadang mengajukan kes berkenaan ke peringkat Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia atau merujuk kes ke pihak peguam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan dan memaklumkan kes disiasat Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

HarianMetro-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori