Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PH Sudah Mula Abai...

SEMASA melawat kawasan perindustrian Gebeng tidak jauh dari Kuantan, Pahang untuk kempen memburukkan...

Video : Saat-Saat Cemas...

JENTERA pelumba Tech 3 Yamaha, Pol Espargaro dilaporkan terbabas kemudiannya terbakar ketika menjalani...

Lucu! Karenah Kreatif Peniaga...

ACAPKALI jika ke Bazar Ramadhan, pastinya kedengaran nama juadah makanan yang dilaung oleh perniaga...

RCI Forex: Mahathir Ugut...

KUALA LUMPUR - Sedang pihak polis mula menyiasat sama ada terdapat sebarang unsur...

Bapa Dikhuatiri Lemas, Anak Selamat

KOTA TINGGI: Seorang lelaki dipercayai warga Singapura dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hanyut ketika beriadah di Pantai The Westin Desaru Coast, Desaru di sini, hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam kejadian itu, Isaac Kelvin Tan Lee Thong, 49, dilaporkan hilang, manakala anaknya, Gabriel Ian Tan Way Ping, 16, berjaya diselamatkan orang awam.

Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Masri Ibrahim, berkata seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar, tujuh anggota BBP Sungai Rengit dan tiga anggota BBP Mersing dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 12.33 tengah hari tadi.

“Berdasarkan maklumat orang awam di tempat kejadian, mangsa dikatakan dipukul ombak ketika beriadah di gigi air sebelum hanyut.


“Seorang lelaki dewasa masih hilang, manakala seorang remaja lelaki berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum kami tiba di lokasi,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, PKO bertindak membuat pencarian dengan menggunakan teknik pencarian di permukaan.

Katanya, operasi pencarian masih giat dijalankan dan Gabriel Ian sudah dihantar ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk rawatan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori