Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tambah Peruntukan Selenggara Bangunan...

KUALA LUMPUR - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berharap kerajaan dapat menambah peruntukan...

Warga Indonesia Melecur Dalam...

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki warga Indonesia yang melecur dalam kebakaran melibatkan empat...

Isu MB: Khalid Menghadap...

SHAH ALAM - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan akan menghadap Sultan Selangor,...

Dong Jiao Zong Akui...

PUTRAJAYA - Pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong)...

Belanjawan 2024: RM6 Juta Untuk Rumah Perakku Prihatin

IPOH : Kerajaan negeri memperuntukkan RM6.0 juta bagi pelaksanaan Program Rumah Perakku Prihatin untuk tahun 2024.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, peruntukkan bagi program yang diselaraskan oleh Yayasan Perak itu meningkat sebanyak RM1.0 juta berbanding RM5.0 juta tahun lalu.

“Program ini menyediakan pinjaman perumahan tanpa faedah khusus kepada keluarga berpendapatan rendah atau B40 yang menetap dan bermastautin di Perak pada kadar siling RM100 ribu bagi seunit rumah.

“Berdasarkan kepada kelulusan tahun 2021, sebanyak 142 unit rumah telah siap dibina dan diserahkan kepada pemilik pada tahun ini dengan baki lima unit masih dalam proses pembinaan,” katanya ketika berucap dalam Pembentangan Belanjawan 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Menurut Saarani, Program Sayangi Rumahku yang meliputi bantuan baik pulih dan bina baharu rumah secara percuma bagi rakyat Perak yang layak akan diteruskan di bawah Yayasan Perak dengan siling peruntukan RM3.0 juta di bawah Akaun Amanah Kledang Mas.


Katanya, sehingga 15 November 2023, 100 projek yang merangkumi 74 projek baik pulih dan 26 projek bina baharu telah diluluskan melibatkan dana bernilai RM2.7 juta.

“Selain itu, komitmen kerajaan negeri adalah dalam memastikan penggunaan pengangkutan awam secara optimum direncanakan melalui inisiatif Bas Perak Sejahtera dengan penyediaan kemudahan bas henti-henti di sepanjang laluan sosial yang telah dikenal pasti.

“Ini mengambil kira keperluan di kalangan warga emas, golongan B40, pelajar sekolah dan Orang Asli.

“Menyedari keperluan ini, perkhidmatan Bas Perak Sejahtera terus disediakan bagi Daerah Manjung, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar serta Batang Padang dengan peruntukan RM2.0 juta,” ujar beliau.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori