Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Jangan Risau Fenomena Kerang...

SHAH ALAM – Orang ramai terutama golongan nelayan yang menetap di perkampungan Pulau...

Agenda Angkat PM Daripada...

SHAH ALAM - Agenda mengangkat calon Perdana Menteri daripada PKR tidak akan terhenti...

Banjir: ATM Atur Gerak...

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mula diatur gerak bagi membantu operasi...

Lea Michele Bogel, Tayang...

PELAKON siri Glee, Lea Michele; 30, tampil beraksi tanpa seurat benang bagi menghiasi...

‘Belum Ada Petunjuk Siapa Bunuh Zayn Rayyan’

KUALA LUMPUR : Polis mengakui keterangan yang ada ketika ini tidak memadai untuk membolehkan pihaknya mengesan, seterusnya menahan suspek yang mendalangi kematian Zayn Rayyan Abdul Matiin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Susulan itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata pihaknya kini dalam proses mengumpul seberapa banyak maklumat dalam usaha mencari petunjuk yang boleh membantu siasatan kematian kanak-kanak terbabit.

Beliau berkata, maklumat diperoleh polis pada masa ini adalah terhad, menyebabkan pihaknya kini bekerja keras mengumpul maklumat lain yang boleh membantu siasatan.

“Kes ini bukan ‘straight forward’, keterangan yang ada sangat terhad. Justeru kita masih mengumpul maklumat termasuk menunggu keputusan analisa forensik daripada Jabatan Kimia.

“Menerusi hasil forensik itu nanti dapat memberikan kita petunjuk bagi kita mengecilkan skop siasatan, seterusnya mengesan mereka yang terbabit dalam kematian kanak-kanak itu,” katanya kepada BH, hari ini.

Semalam, Hussein memaklumkan polis sudah menghantar beberapa barang kes termasuk pakaian Zayn Rayyan ke Jabatan Kimia bagi mendapatkan maklumat forensik.

Katanya, polis berharap keputusan akan diperoleh dalam tempoh terdekat bagi membantu pihaknya mendapatkan butiran yang boleh menjurus ke arah suspek.


“Ini bagi mendapatkan cap jari, DNA (asid deoksiribonukleik) dan kita juga akan mulakan satu proses ‘mass DNA screening’ (saringan DNA beramai-ramai) yang boleh membantu polis mengesan mereka yang terbabitt,” katanya.

Mengulas lanjut, Hussein berkata, setakat ini polis sudah merakam keterangan 20 individu termasuk ibu bapa mangsa dan lelaki yang menjumpai mayat Zayn Rayyan pada malam Rabu lalu.

Katanya, 16 keterangan adalah dalam kalangan jiran dan komuniti penduduk di tempat kejadian serta kawasan berhampiran dan guru sekolah, manakala selebihnya adalah ibu bapa mangsa dan saksi.

Mengenai proses mengumpul maklumat menerusi ‘pencarian dari rumah ke rumah, beliau berkata, ia dijalankan semula petang dan malam ini.

“Setakat ini kita selesai menjalankan proses itu di tiga daripada 18 blok kediaman yang ada di Apartmen Idaman membabitkan 540 unit rumah, sebelum diteruskan petang dan malam ini,” katanya.

Di Apartmen Idaman yang juga kediaman keluarga Zayn Rayyan, terdapat 18 blok membabitkan 2,484 unit rumah serta kedai.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori