Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

UMNO Akan Hentikan Kempen...

CHUKAI: UMNO akan menghentikan semua kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman sekiranya kawasan...

Pemimpin BN Tidak Amal...

TELUK INTAN - Pemimpin Barisan Nasional (BN) sentiasa mengamalkan pendekatan berkempen secara berhemah...

Kanak-Kanak Jadi ‘Beku’ Pada...

SOUTH WALES – Seorang kanak-kanak di sini terpaksa memakai sarung tangan khas ketika...

Mavcom Patut Dikekalkan –...

GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) melahirkan rasa kecewa berhubung ulasan...

Calon SPM Maut Kes Langgar Lari Depan Sekolah

IPOH: Polis menyiasat kejadian seorang pelajar sekolah berusia 17 tahun maut dilanggar lari sebuah kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Meru di sini, tengah hari tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian dan dalam proses memanggil saksi untuk membantu siasatan.

“Kita dapat laporan daripada beberapa saksi. Pegawai saya akan panggil saksi berkenaan dan buat siasatan lebih lanjut,” katanya ketika dihubungi BERNAMA.

Mohd Yusri berkata, pihaknya sedang menunggu laporan bedah siasat untuk proses pertuduhan.


Beliau berkata, mayat pelajar itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk proses bedah siasat.

Terdahulu, tular hantaran oleh orang awam di laman Facebook mengenai kejadian berhampiran SMK Jati, Meru memaparkan gambar pelajar lelaki berkenaan yang didakwa dilanggar oleh sebuah kereta.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori