Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Cadangan ‘Live’ Piala Dunia...

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan mengemukakan cadangan kepada Kabinet...

Tak Mengaku Pecah Amanah...

JOHOR BAHRU - Seorang bekas pengarah dan pengarah eksekutif sebuah syarikat penyelenggaraan jalan...

Panas.. Bila Aamir Khan...

SHAH Rukh Khan dan Aamir Khan adalah nama yang cukup gah dalam dunia perfileman Bollywood.Masing-masing...

Empat Sekeluarga Maut, Dua...

KULIM: Empat sekeluarga maut, sementara dua lagi anak mereka parah dalam kemalangan jalan...

COVID-19: 20,696 Jangkitan Kes Baharu Seminggu

KUALA LUMPUR: Sejumlah 20,696 kes COVID-19 dilaporkan di seluruh negara antara tempoh seminggu bermula 10 hingga 16 Disember lalu, meningkat hampir 8,000 kes berbanding minggu sebelumnya.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurut hantaran di platform X oleh Covid19Place yang turut dikongsi Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, jumlah kes aktif direkodkan pada minggu ini adalah 28,375 kes.

Dalam pada itu, infografik sama turut menunjukkan jumlah kematian dalam tempoh itu adalah sebanyak 28 kes, dengan tertinggi di Selangor dengan 6,449 kes.

Laporan sama menunjukkan 588 pesakit sedang menerima rawatan di hospital, 22 orang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 14 kes memerlukan penggunaan ventilator.

Jumlah kes baharu meningkat dua kali ganda sejak awal bulan ini.

Pada 3 hingga 9 Disember lalu, sebanyak 12,757 kes dilaporkan di seluruh negara dengan angka kematian 11 kes.


Sehingga 2 Disember lalu, Malaysia hanya merekodkan 6,796 kes baharu, enam kematian dan 15,327 kes aktif.

Susulan peningkatan kes yang semakin membimbangkan, Kementerian Kesihatan (KKM) menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka, terutama ketika musim cuti sekolah.

KKM turut menasihatkan mereka yang menunjukkan simptom COVID-19 supaya mengelak 3C yang merujuk kawasan sempit, sesak dan bersembang pada jarak dekat.

KKM turut dilapor akan mengeluarkan arahan pengambilan dos penggalak ketiga vaksin COVID-19 terutama bagi golongan rentan dan berisiko tinggi dalam masa terdekat, susulan peningkatan kes.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori