Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Lelaki Mengaku Salah Miliki...

KOTA TINGGI - Seorang pekerja am resort mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di...

Makanan Membazir Kurang Tanpa...

PUTRAJAYA - Ketiadaan bazar Ramadan pada tahun ini berikutan penularan wabak koronavirus (Covid-19)...

Surat Sulit Tersebar: Wan...

Di saat rakyat Selangor kian pening berdepan kemelut Menteri Besar, 'Sultan Melaka' didapati...

Pelajar UTeM Reka I-Sajadah...

TIDAK dinafikan, sebagai umat Islam ada kalanya pernah mengalami masalah terlupa pada rakaat...

Datuk 70 Tahun Dituduh Buat Amang Seksual Fizikal Cucu Perempuan

KUALA LUMPUR: Seorang datuk yang berusia 70 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap cucu perempuannya berusia 15 tahun, empat bulan lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bagaimanapun, warga emas itu mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit didakwa sebagai seorang yang mempunyai hubungan amanah iaitu datuk dengan sengaja melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa ketika itu berumur 15 tahun tujuh bulan bagi tujuan seksual di sebuah kediaman di Brickfields dekat sini, antara jam 6 pagi hingga 9 malam, pada pertengahan Ogos lalu.

Susulan itu dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta sebagai tambahan hukuman bagi Seksyen 16(1) itu iaitu penjara tidak melebihi lima tahun dan boleh dihukum sebatan tidak kurang dua sebatan.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noorhani Muhmmed Ayub menawarkan jaminan RM30,000 bagi tiga pertuduhan terhadap tertuduh berserta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan rendah dengan alasan dia tidak bekerja dan ditanggung anaknya.

Siti Aminah membenarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan serta menetapkan 29 Januari depan untuk sebutan kes.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori