Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Laporan Kaji Dasar UEC...

KUALA LUMPUR - Laporan lengkap Pasukan Petugas Dasar Sijil Peperiksaan Bersepadu (PPDUEC) berhubung...

QZ8501: Ada Mayat Sukar...

JAKARTA - Pasukan penyelam yang ditugaskan membuat carian jasad mangsa nahas pesawat AirAsia...

Cuaca Buruk, Tidak Biasa...

KUALA LUMPUR - Punca nahas helikopter Eurocopter AS350 di Batang Lupar, berhampiran Sebuyau,...

Mumia Monyet Lebih 50...

PEKERJA pembinaan di sebuah bangunan beli belah Dayton, di Minneapolis, Amerika Syarikat menemui...

Datuk Berdepan Hukuman Mati Kes Edar 23kg Dadah

JOHOR BAHRU: Tiga lelaki, termasuk ahli perniagaan bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru, di sini hari ini, atas tiga pertuduhan mengedar dadah seberat 23.541 kilogram (kg), bulan lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Datuk Loong Chan Yow, 46; Chai Choon Foo, 54, dan Wong Fook Loy; 46 mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret R Salini, namun tiada pengakuan direkodkan.

Dua warga Myanmar, Win Min Hliang, 30, dan Kaung Myat Phyoe, 26, yang sepatutnya didakwa secara bersama dengan tiga tertuduh berkenaan, akan dibacakan pertuduhan pada 23 Januari depan untuk lantikan jurubahasa.

Semua tertuduh didakwa mengedar dadah jenis serbuk ‘methylenedioxymethamphetamine’ (MDMA) seberat 22.5 kg, pil MDMA seberat 368 gram dan serbuk MDMA seberat 673 gram.

Semua kesalahan itu dilakukan di lot tidak bernombor di Jalan Sagai 6, Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, kira-kira jam 11 pagi pada 27 November lalu.


Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 15 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Mamu, manakala semua tertuduh, termasuk warga Myanmar diwakili peguam, Mohd Hamizi Mohd Yusof.

Mahkamah menetapkan 23 Januari untuk laporan kimia dan lantikan jurubahasa bagi dua tertuduh warga Myanmar.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori