Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

JKR Disaran Tingkat Ilmu...

KUALA LUMPUR ā€“ Warga Jabatan Kerja Raya (JKR) disaran meningkatkan ilmu berkaitan teknikal...

Perompak Lepaskan Tembakan Rambang...

BUKAN sahaja merompak kedai emas, sekumpulan penjenayah turut melepaskan tembakan rambang ke arah...

Hubungan Malaysia-Arab Saudi Berada...

RIYADH - Raja Arab Saudi Salman Abdulaziz Al-Saud berpendapat hubungan Malaysia dan negaranya...

Taylor Swift Berpacaran Dengan...

TAK serik-serik mencari cinta sejati, megastar antarabangsaĀ Taylor Swift kini dilaporkan bercintaĀ dengan aktor British...

Dua Beranak Maut Nahas Kereta Dan Lori

MERSING: Seorang wanita dan anaknya maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kereta dan lori berhampiran Ladang Paya Munis, Jalan Mersing ke Felda Nitar 1, di sini hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPPā€¦..

Zubaidah Zakaria, 33, dan anak lelakinya, Uwais Rayyan Mohamad, 4, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori, Mohd Yazid Abidin, 50, mengalami kecederaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.37 pagi tadi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing dan Endau dihantar ke lokasi, diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Anuar Hussine.


“Kejadian membabitkan sebuah Perodua Viva dan sebuah lori 10 tan jenis Nissan UD. Terdapat mangsa tersepit dalam kereta terbabit yang kemudian dikeluarkan anggota bomba, namun mereka disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas Kementerian Kesihatan.

“Jenazah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori