Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Ketepi Perbezaan, Memanifestasikan Solidariti

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru rakyat...

Lelaki Tembak Diri Kerana...

DENDAM... Marah kerana kekasihnya sering menghabiskan masa bersama kawan-kawan, seorang lelaki menembak dirinya...

Padah Letak Kerata ‘Sesuka...

AKIBAT meletakkan kereta ditempat yang tidak sepatutnya, sebuah kereta mewah telah dijadikan mangsa kemarahan...

Husam Mohon Presiden PAS...

KOTA BHARU - Bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa hari ini menghantar...

Empat ‘Superman’ LPT1 Didakwa Di Mahkamah

TEMERLOH: Empat penunggang motosikal termasuk remaja berusia 15 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan menunggang secara melulu dan berbahaya di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), Ahad lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Ammar Muizzuddin Abdul Aziz, 19; Wan Muhammad Syahmi Wan Zulkififli, 20, dan Mohamad Haiqal Mohd Hanafi, 22 tahun adalah penuntut institusi pengajian tinggi, manakala seorang lagi tertuduh adalah pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di sini.

Semua tertuduh mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil.

Mengikut fakta pertuduhan, semua tertuduh didakwa menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Kesalahan didakwa dilakukan kira-kira jam 6.30 petang, 24 Disember lalu di Kilometer 127 LPT1 arah timur, sini.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga lima tahun dan denda hingga RM15,000.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisa Zaffar dan semua tertuduh diwakili Khairul Anuar Abu Hasan Ashaari.

Mahkamah menetapkan tiga penuntut IPT itu dijamin RM3,000 seorang dan RM1,500 untuk jaminan bagi tertuduh juvana.

Mahkamah menetapkan 6 Februari untuk sebutan semula kes.

Aksi ‘Superman’ yang berakhir dengan kemalangan di Jambatan Ahmad Shah Temerloh pada 24 Disember lalu tular di media sosial.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori