Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pengerusi PAC Selangor Wajar...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) Selangor wajar dipengerusikan oleh Ketua...

Hanez Suraya Dan Romie...

PASTINYA ramai peminat setia Hanez Suraya dah tak sabar nak tengok aktres kegemaran...

Bunuh Budak 3 Tahun,...

LANGKAWI - Dua suspek direman selama 7 hari bermula hari ini bagi membantu...

VIDEO: Lucu…Tersasul, Mas Kahwin...

Tanyalah kepada sesiapa yang bergelar suami, pasti saat melafazkan akad nikah adalah antara...

‘Guna Semula Aplikasi MySejahtera Pantau Kes COVID-19’

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) disaran mengguna pakai lima langkah strategik untuk mengawal penularan kes COVID-19 di negara ini termasuk penggunaan semula aplikasi MySejahtera.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam satu kenyataan bersama, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan bekas Timbalan Menteri Perdagangan, Antarabangsa dan Industri (MITI), Ong Kian Ming berkata, penggunaan semula aplikasi itu mampu memberi laporan dan pemantauan kesihatan pesakit COVID-19.

“Pada masa sama, KKM juga harus mengerahkan pasukan analisis datanya (atau bekerjasama dengan pihak lain yang mempunyai keupayaan analisis data) untuk menganalisis data baharu COVID-19.

“Ini bagi mengenal pasti corak penyebaran wabak berdasarkan lokasi, tempat kerja dan data lain demografik pesakit. Penyelidik juga boleh mengakses data awam untuk membantu menganalisis data,” katanya.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Radzi Abu Hassan memaklumkan, jumlah kes COVID-19 di negara ini menunjukkan peningkatan daripada 6,796 kes kepada 12,757 pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME 49/2023).

Bagaimanapun, Dr Radzi berkata, walaupun terdapat peningkatan mendadak jumlah kes, namun jumlahnya masih terkawal dan kemudahan penjagaan kesihatan beroperasi dalam kapasitinya.

Sementara itu, mengulas lanjut langkah lain yang perlu diambil, Khairy dan Kian Ming berkata, KKM juga perlu menggalakkan semula prosedur amalan standard (SOP) TRIIS iaitu Uji, Lapor, Asingkan Diri dan Dapatkan bantuan/rawatan dalam kalangan rakyat.

“Langkah ini penting supaya semua pihak dapat mengambil langkah pencegahan awal sementara fasiliti kesihatan bersedia menghadapi kemungkinan gelombang baharu COVID-19

“Seterusnya KKM perlu mengesyorkan pengambilan suntikan dos penggalak terutama dalam kalangan golongan rentan dan berisiko tinggi iaitu warga emas serta mereka dengan sistem imun yang lemah.


“KKM harus bekerjasama dengan Kementerian Kewangan (MOF) untuk memudah cara proses perolehan yang telus bagi mendapatkan varian terbaru vaksin penggalak yang terdapat di pasaran.

“Selain itu, KKM harus mula mengaktifkan semula ekosistem imunisasi di seluruh negara melalui klinik dan hospital swasta serta kerajaan,” katanya.

Khairy dan Kian Ming berkata, KKM juga perlu menjalinkan kerjasama rapat dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta Kementerian Sumber Manusia (KSM) bagi mengesan corak penyebaran jangkitan dalam kalangan pekerja kilang.

“Antara sebab terjadi ‘kluster kilang’ ketika pandemik lalu adalah kerana ramai pekerja ini yang kebanyakannya warga asing, tinggal berhimpit dalam kediaman terlalu sesak dan tanpa pengudaraan yang baik.

“Tindakan tegas mesti diambil terhadap syarikat yang masih menempatkan pekerja asing mereka dalam keadaan daif dan tidak mematuhi piawaian buruh antarabangsa,” katanya.

Katanya, langkah terakhir adalah dengan mempertimbangkan untuk menerbitkan data harian kematian kes COVID-19 bagi mengingatkan masyarakat bahaya varian baharu virus dan menggalakkan orang ramai terutama golongan berisiko tinggi supaya mengambil suntikan dos penggalak mereka.

“Lonjakan terbaru kes COVID-19 diharap hanya bersifat sementara, namun berdasarkan pengalaman berdepan pandemik lalu, kita harus berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi bersama-sama melindungi semua masyarakat yang tinggal di negara kita,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori