Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Welson, Schooling Cemerlang &...

KUALA LUMPUR - Empat rekod baharu dicatatkan di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil...

Anak Blogger Mahu Bantu...

KUALA LUMPUR - Raja Sara Raja Petra, 30, yang merupakan satu-satunya calon wanita...

Kekurangan Guru Dalam Masa...

KUALA LUMPUR - Negara dijangka mengalami masalah kekurangan guru mencecah lebih 17,000 orang...

KL Tuan Rumah Sidang...

KUALA LUMPUR - Sidang Kemuncak Media Asia 2015 akan diadakan selama tiga hari...

Hampir 3,000 Individu Sudah Disaring Menerusi MADANI Afiat

KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan (KKM) sudah menyaring 2,863 individu menerusi tujuh program MADANI Afiat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa, berkata ini meliputi beberapa negeri termasuk Selangor, Kedah, Terengganu, Johor, Perak, Melaka dan Pulau Pinang.

Melalui saringan itu, katanya, jumlah penyakit paling tinggi yang dikesan ialah hipertensi iaitu 1,041 orang atau 36.36 peratus, diikuti 771 orang dikesan mendapat diabetes (26.93 peratus), 695 individu berisiko mendapat hipertensi (24.28 peratus) dan 417 orang berisiko mendapat diabetes (14.56 peratus).

“KKM cuba menjalankan saringan itu sebanyak mungkin dan sempena Karnival Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani, sebanyak 380 rumah lagi akan disaring.

“Saringan itu akan merangkumi Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kampung Muhibbah, PPR Raya Permai, PPR Bukit Jalil dan Apartment Kuchai Lama. KKM turut mendapat kerjasama daripada persatuan penduduk Salak Selatan dan saringan secara besar-besaran akan dilakukan di Dewan Komuniti Salak Selatan.

“Di dewan berkenaan, kita juga sediakan perkhidmatan pemberian imunisasi COVID-19 bagi mereka yang masih belum mendapatkannya, selain memyediakan saringan pengesanan awal kanser serviks (HPV),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Flag Off Mobiliasasi Madani Afiat dan Ujian Saringan Kesihatan, di sini hari ini.


Program MADANI Afiat hari ini akan membabitkan eramai 135 anggota yang terdiri daripada jururawat pelatih Institut Latihan KKM, jururawat kesihatan, jururawat kesihatan pergigian dan 50 pegawai farmasi

Saringan kesihatan yang dilakukan ini bertujuan untuk mengesan dan mencegah risiko penyakit tidak berjangkit.

Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan atau ‘Jom Saring’ bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan pemahaman masyarakat mengenai kepentingan saringan kesihatan secara berkala serta menggalakan penyertaan golongan sasaran.

Keberhasilan program itu terletak pada keupayaan untuk mengesan penyakit kronik pada peringkat awal menerusi saringan kesihatan berkala dan seterusnya membolehkan rawatan diberikan dengan segera bagi meningkatkan kualiti hidup, di samping dapat mengurangkan beban ekonomi keluarga dan negara dalam penjagaan penyakit kronik.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori