Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

5 Mat Rempit Termasuk...

BUTTERWORTH - Lima remaja lelaki termasuk dua pelajar Tingkatan Lima yang sedang leka...

ADUN BN Didesak Sembah...

PADANG BESAR - Sekumpulan ketua UMNO cawangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuping...

Hishammuddin Ikrar Tidak Akan...

MARUAH... Di sebalik tohmahan jahat yang mendakwa konon beliau ketua geng lompat parti,...

Pakatan Harapan Tidak Senang...

KUALA LUMPUR - Pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan sedang memutar belit dan membuat...

Hujan Lebat Lebih Tiga Jam Sebabkan Banjir Kilat

JOHOR BAHRU : Hujan lebat lebih tiga jam bermula 1.30 petang menyebabkan beberapa jalan utama di bandar raya ini dinaiki air.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Jalan yang teruk terjejas ialah Jalan Sungai Chat, Taman Abad, Jalan Ayer Molek dan Tasek Merdeka.

Tinjauan Utusan Malaysia di Jalan Sungai Chat berhadapan Maktab Sultan Abu Bakar mendapati air naik sehingga paras pinggang.

Seorang pelajar tingkatan enam atas, Beatrice Voo 19, mengakui terkejut apabila mengetahui banjir melanda di kawasan sekolahnya.

“Ini kali pertama sekolah kami dilanda banjir sehingga sepanjang Jalan Sungai Chat.

“Tak sangka hujan lebat hingga tiga jam boleh menyebabkan banjir yang tak pernah terjadi sebelum ini,” katanya.


Seorang lagi pelajar, Arshad Harees Muhd. Rashid 18, turut membantu memindahkan motosikal rakan-rakannya ke dalam kawasan sekolah ketika air mulai naik.

Kira-kira 10 pelajar yang menganggotai Unit Bomba, Polis dan St. John sekolah tersebut turut membantu mengalih dan memindahkan motosikal dan melancarkan pergerakan kenderaan di luar sekolah mereka.

Pelajar sesi pagi yang terdiri tingkatan tiga hingga enam atas terpaksa menunggu sehingga air surut untuk pulang ke rumah masing-masing.

Walau bagaimanapun, keadaan mulai reda apabila air mulai surut kira kira pukul 5 petang.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori