Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kisah Suami Tengking Kata...

MENGGELENG kepala jadinya membaca drama sebabak yang menjadi viral di laman sosial hari...

“Hampir 5 Bulan Kami...

KLUANG - Kira-kira 40 pemandu lori daripada lima kontraktor di Felda Kahang Barat,...

Zawawi Tak Pertahan Kerusi...

IPOH - Setiausaha PAS Perak Mohd Zawawi Abu Hassan berkemungkinan tidak akan mempertahankan...

T.O.P Dalam ICU Selepas...

BARU sekejap tadi kami laporkan perkembangan ahli kumpulan Big Bang, T.O.P yang disingkirkan daripada...

Kanak-kanak Dari UK Hilang 6 Tahun Lalu Ditemukan Di Perancis

PARIS: Kanak-kanak United Kingdom (UK) yang hilang di Sepanyol, enam tahun lalu, ketika dia berusia 11 tahun, ditemukan di kawasan pergunungan di Perancis.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pendakwa raya Toulouse mengesahkan, Alex Batty, kini 17 tahun, ditemukan berhampiran bandar Revel di tenggara bandar Toulouse.

Kami mengesahkan identitinya dan dia kini akan kembali ke Britain,” katanya dalam satu kenyataan kepada AFP.

Polis Manchester berkata, remaja lelaki itu yang berasal dari bandar Oldham, meninggalkan UK pada September 2017 untuk menyertai percutian keluarganya di Sepanyol.

Kes ini melalui penyiasatan kompleks dan berpanjangan.

“Kami perlu membuat siasatan lanjut serta meletakkan langkah perlindungan sesuai,” katanya.

Lapor BBC, Alex Batty kini berada di pusat untuk kanak-kanak bawah umur di Toulouse bagi menunggu ketibaan polis dan kakitangan konsular Britain untuk membawanya pulang ke UK.

Alex Batty kali terakhir dilihat di Sepanyol pada 8 Oktober 2017, hari mereka dijadualkan pulang ke UK.

Neneknya, Susan Caruana yang berpisah dengan datuk remaja itu, memberitahu dia sangat gembira cucunya akhirnya ditemukan.

“Ia sangat mengejutkan tetapi saya sangat gembira.


“Saya juga sudah bercakap dengannya dan dia sihat.

“Dia kini bersama pihak berkuasa di Perancis,” katanya kepada akhbar The Sun.

Dalam pada itu, akhbar serantau La Depeche du Midi melaporkan, remaja itu ditemukan seorang pelajar, Fabien Accidini selepas dia dilihat merayau kira-kira empat hari di kawasan pergunungan itu.

Accidini, yang menghantar ubat ke farmasi di kawasan itu berkata, Alex Batty, menceritakan kisahnya.

“Dia berkata, ibunya menculiknya dan sejak itu, dia tinggal di Sepanyol iaitu di sebuah rumah mewah dengan kira-kira 10 penghuni.

“Dia kemudian tinggal bersama ibunya di Perancis pada 2021,” kata Accidini.

La Depeche melaporkan, remaja itu pernah tinggal di Perancis bersama ibu dan datuknya dalam komuniti nomad di Aude dan Ariege.

Setakat ini, tiada maklumat mengenai keberadaan ibu dan datuk serta prosiding undang-undang yang bakal mereka hadapi.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori