Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Bekas Ketua Perisikan Pertahanan...

SUBANG JAYA – Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Lt Jen (B) Tan Sri...

Kadar IPG Kekal RM2.50...

KUALA LUMPUR - Paras harga Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kekal RM2.50 sekilogram, kata Timbalan...

Penempatan Anggota, Aset Bukti...

SEMPORNA - Penempatan kira-kira 11,000 anggota dan aset keselamatan bernilai RM100 juta di...

‘Jangan Cakap Pundek Pundek...

KATA-KATA ketua pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) Safiq Rahim kepada 'haters' sedikit sebanyak...

Kapal Tangki Dari India Ditembak Iran – Pentagon

WASHINGTON: Sebuah kapal tangki membawa muatan bahan kimia yang berada di luar pantai India menjadi sasaran dron yang didakwa ditembak dari Iran.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pentagon menyifatkan serangan itu sebagai tanpa penyebaran perang Israel-Palestin yang sudah pun sampai ke sempadan Lubnan membabitkan Hizbullah dan kini menunjukkan risiko merebak lagi merangkumi laluan perkapalan di Laut Merah.

Menurut Pentagon dalam kenyataannya, serangan yang berlaku kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan (0600 GMT) terhadap kapal milik Jepun itu tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Katanya, api juga sudah berjaya dipadamkan terhadap kapal dikenali dengan nama MV Chem Pluto, yang belayar di bawah bendera Liberia, dan dikendalikan oleh syarikat Belanda.

“Serangan dron itu berlaku kira-kira 370 kilometer batu nautika di luar pantai India, dan tiada kapal Tentera Laut AS berada di kawasan terbabit.

“Tentera AS kekal berkomunikasi dengan kapal itu ketika ia terus menuju ke destinasi di India,” katanya.

Ini kali pertama Pentagon secara terbuka menuduh Iran secara langsung menyasarkan kapal di Laut Merah sejak bermulanya perang Israel-Palestin, dimulakan pejuang Hamas yang disokong Iran.

Sehingga kini, tiada pihak tampil bertanggungjawab bagi serangan itu, yang berlaku ketika serangan dron dan peluru berpandu dilancarkan oleh pemberontak Huthi yang disokong Iran di Yaman, di laluan perkapalan penting di Laut Merah.

Sebelum ini, Huthi menegaskan mereka melakukan serangan sebagai solidariti terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.


Syarikat keselamatan maritim, Ambrey, berkata kapal tangki kimia itu ada kaitan dengan Israel dan sedang dalam pelayaran dari Arab Saudi ke India.

Wall Street Journal pula melaporkan, syarikat Belanda yang mengendalikan kapal berkenaan, ada hubungan dengan hartawan perkapalan Yahudi, Idan Ofer.

Tentera laut India berkata pihaknya sudah memberi maklum balas terhadap permintaan bantuan.

“Sebuah pesawat sudah dihantar bagi memastikan keselamatan kapal terbabit dan anak kapalnya.

“Sebuah kapal perang tentera laut India juga sudah dihantar untuk memberikan bantuan yang diperlukan,” kata seorang pegawai tentera laut.

Serangan di laluan Laut Merah menyebabkan kebanyakan syarikat perkapalan mengubah laluan kapal kargo mereka melalui hujung selatan Afrika walaupun kosnya lebih tinggi dan pelayaran bertambah jauh.

Setakat ini , pemberontak Huthi sudah melancarkan lebih 100 serangan dron dan peluru berpandu, menyasarkan 10 kapal dagang membabitkan 35 negara berlainan, kata Pentagon.

Sabtu lalu, pegawai Pengawal Revolusi Iran (IRG) memberi amaran supaya laluan di Laut Merah ditutup selagi tiada penyelesaian bagi perang Israel-Palestin.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori