Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

SPAD Cadang Gaji Pemandu...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mencadangkan supaya syarikat bas ekspres...

Gempar Babi Hutan Masuk...

KECOH... Jemaah Masjid Sungai Plong, di Sungai Buloh, Selangor gempar apabila dikejar seekor...

Kerajaan Terima RM4.25 Juta...

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini menerima sumbangan bernilai RM4.25 juta daripada lima...

Mahu Jadikan Simpang Renggam...

KLUANG - Anggota Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik berhasrat menjadikan Simpang Renggam...

Kes Bunuh Akauntan, Polis Buru Seorang Lagi Suspek

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lagi suspek dipercayai terbabit dalam kes penemuan mayat akauntan di kawasan perindustrian di Kampung Cheras Baru, di sini, 11 Disember lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mayat lelaki tempatan itu ditemui kira-kira jam 6 pagi dalam keadaan bogel dan terdapat beberapa kesan kecederaan serta lebam di badan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, berkata pihaknya sudah mengenal pasti identiti suspek terbabit.

“Kita sedang memburu suspek berkenaan manakala dua lagi suspek akan tamat tempoh reman hari ini dan kami akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan selanjutnya (sambung reman atau tidak).

“Kita akan lihat apa keputusannya dan akan rujuk DPP dan minta pandangan beliau,” katanya ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur, di sini hari ini.


Terdahulu akhbar melaporkan, seorang lelaki ditemui mati disyaki dibunuh tepi jalan kawasan perindustrian di Kampung Cheras Baru, di sini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaludin mengesahkan identiti mangsa sebagai seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun yang bekerja sebagai akauntan di sebuah syarikat swasta.

Susulan itu, dua rakan mangsa berusia 25 dan 35 tahun ditahan di sekitar Lembah Klang bagi membantu siasatan.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan beberapa kesan kecederaan pada badan mangsa akibat dipukul dengan objek tumpul.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori