Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Bantuan Khas Aidilfitri RM300...

KUALA LUMPUR - Kerajaan setuju memberi Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2020 sebanyak...

Nelayan Maut Terkena Renjatan...

ALOR SETAR - Seorang nelayan maut terkena renjatan elektrik ketika sedang menambah baik...

5 Ditahan, Polis Rampas...

KUALA LUMPUR - Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah dan merampas dadah jenis...

Kes Hilang Kabel: 2...

SEREMBAN - Dua kakitangan Telekom Malaysia Berhad (TM) direman enam hari bermula hari...

Koo Ham Mohon Maaf Campur Tangan Urusan Islam

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham memohon maaf atas tindakannya yang mencadangkan supaya pakar bukan Islam dilantik dalam Jawatankuasa Mengkaji Bidang Kuasa Mahkamah Syariah untuk menggubal undang-undang Islam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurut Koo Ham, beliau menyedari kekhilafan tersebut setelah memahami sepenuhnya mengenai pelantikan jawatankuasa itu yang dibentuk oleh Majlis Hal Ehwal Islam Negara (MKI) dan dipengerusikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Memandangkan (perkara) ini telah diperjelaskan bahawa jawatankuasa khas itu dibentuk oleh MKI yang diketuai oleh DYMM Sultan Selangor dan tidak saya ketahui sebelum ini. Maka dengan ini saya menarik balik cadangan itu serta memohon maaf.

“Saya tidak berniat sedikit pun untuk mencampuri urusan Islam,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Koo Ham sebelum ini dilapor membuat saranan supaya kerajaan melantik pakar daripada masyarakat bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam yang ditubuhkan pada awal bulan ini.

Susulan cadangan tersebut, Pengerusi DAP Perak itu mendapat kecaman hebat daripada pemimpin-pemimpin Islam dalam negara.


Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin turut mengingatkan rakyat khususnya yang bukan beragama Islam agar menghormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal agama Islam di negara ini.

Justeru, Koo Ham tampil membuat permohonan maaf di atas kesilapannya yang mengeluarkan cadangan tanpa usul periksa terlebih dahulu.

“Saya merujuk kepada kenyataan media saya bertarikh 28 Disember 2023, di mana saya mencadangkan agar orang bukan Islam serta ahli Badan Peguam yang merupakan pakar Perlembagaan turut dilantik sebagai ahli jawatankuasa yang mengkaji cara mengharmonikan undang-undang syariah dan Perlembagaan Persekutuan.

“Saya menjangkakan proses itu akan merangkumi cadangan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. Cadangan saya adalah untuk memastikan semua pandangan diambil kira sebelum sebarang cadangan pindaan perlembagaan dibuat,” ujarnya.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori