Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Gadis Air Mineral Mohon...

GAMBAR gadis memegang botol air mineral di sebuah stesen minyak baru-baru ini menjadi...

Najib: Hargai Pengorbanan Pasukan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat supaya bersama-sama menghargai...

“Tiada Istilah Tikam Lidah,...

TERDAHULU kumpulan rap lagenda, KRU yang dianggotai oleh tiga adik beradik iaitu Datuk...

Cara Hancurkan Negara Tidak...

TERDAPAT empat kaedah utama yang digunakan oleh hitmen ekonomi untuk menjatuhkan sesebuah negara...

Laksanakan Hukuman Sebat Kepada Pati

Kuala Lumpur : Isu lambakan pendatang tanpa izin (Pati) di negara ini dilihat semakin sukar dibendung walaupun kerajaan berusaha melaksanakan pelbagai sistem program.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengerusi MCCF, Datuk Seri Halim Ishak berkata, pihaknya sentiasa menyokong penuh usaha kerajaan yang tegas dan serius dalam menangani isu Pati di negara ini.

Katanya, paling penting hukuman berat harus dikenakan kepada kartel pekerja asing yang bermaharajalela.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Madani secara dasarnya memang berusaha untuk menangani isu lambakan Pati dengan pelbagai sistem program.

“Namun, apa jua sistem dan program yang dijalankan tidak akan berjaya sekiranya tiada integriti dan masih ada ‘sistem pemudah cara’ melalui ejen atau kartel (orang tengah).

“Saya ingin menyarankan supaya tahun 2024 pihak kerajaan bertindak tegas dengan melaksanakan hukuman sebat kepada warga asing yang masuk secara haram dan menyalahi visa atau permit kerja mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, MCCF menggesa kerajaan mewujudkan pasukan siasatan khas disertai Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menangani isu berkenaan.

Halim berkata, kemasukan warga asing sewajarnya diuruskan sepenuhnya oleh pihak kementerian dan menghapuskan sistem pihak ketiga termasuk kartel.


Beliau berkata, MCCF juga memohon Ketua Pengarah JIM untuk memanggil badan bukan kerajaan (NGO) yang terbabit dalam memantau warga asing untuk mendapatkan kerjasama dan penyelesaian menyeluruh berhubung isu yang sudah lebih 20 tahun belum dapat ditangani secara menyeluruh.

Mengenai, kekangan utama pihak berkuasa untuk membendung isu Pati kerana rasuah dan kartel, beliau berkata, tidak mustahil terdapat kegiatan jenayah terancang penyeludupan Pati ini terus berleluasa kerana turut didalangi individu atau pegawai kerajaan.

Halim berkata, pihaknya yang menjalankan kajian berkaitan kebanjiran Pati sejak 2015 mendapati isu itu seperti bom jangka yang mengancam keselamatan Malaysia.

“Kebanjiran Pati berlaku akibat rasuah dan salah guna kuasa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Perbuatan membelot dan menjadi dalang kepada kegiatan penyeludupan masuk Pati adalah kesalahan sangat berat.

“Justeru, hukuman berat perlu dikenakan kepada ‘kartel pekerja asing’ ini yang bermaharajalela dan seolah-olah tidak terkesan dengan undang-undang negara,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori