Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tindakan Naib Ketua UMNO...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Segambut (DAP), Lim Lip Eng memuji tindakan Naib...

Isteri Menyelinap Masuk Bilik...

SURABAYA - Pegawai penjara malu besar selepas seorang wanita yang dipercayai isteri banduan...

3 GAMBAR: Bayi Ditinggal...

Kes pembuangan bayi memang bukan cerita baru dan kejadian ini berlaku di merata...

Corak Tapak Selipar Tertulis...

GAMBAR sepasang selipar jenama Glacio siri G-2079 yang tertulis di tapaknya 'kalimah Allah'...

Lakukan Genosid Di Gaza, Afrika Selatan Fail Kes Di ICJ

WASHINGTON – Afrika Selatan pada Jumaat memfailkan kes terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kerana rejim itu telah melakukan genosid di Gaza.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurut kerajaan Afrika Selatan, tindakan Israel itu sebagai ‘genosid’ dan perbuatan sedemikian dilakukan dengan niat untuk menghapuskan lebih ramai rakyat Palestin di Gaza.

Tindakan Israel itu melanggar kewajipannya di bawah Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid, lapor United Press International (UPI).


Afrika Selatan turut meminta mahkamah mengeluarkan langkah-langkah sementara bagi melindungi hak rakyat Palestin daripada kemudaratan yang lebih teruk sehingga sukar untuk dipulihkan dan memastikan Israel patuh terhadap kewajipannya di bawah Konvensyen Genosid.

Pegawai kesihatan Gaza pada Jumaat berkata, 187 lagi rakyat Palestin terbunuh dan 312 cedera dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah korban kepada 21,507 orang dan 55,915 cedera sejak pencerobohan Israel di Gaza bermula pada 7 Oktober.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori