Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Wakil Rakyat Lompat Parti...

KUALA LUMPUR - Perbuatan wakil rakyat melompat parti mengelirukan rakyat yang memilih mereka,...

Israel Gempur Gaza Ketika...

RAFAH : Israel melancarkan serangan terbarunya hari ini di bandar Rafah, selatan Gaza,...

Tahniah! Ana Raffali Selamat...

SEKALUNG tahniah diucapkan buat penyanyi Ana Raffali selamat melahirkan bayi lelaki, Khamis lalu.Berita...

Kepulangan Misbun Ke BAM...

KUALA LUMPUR - Kepulangan legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek ke pangkuan Persatuan...

Mahkamah Larang Sanusi Ulang Kenyataan Fitnah Anwar

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilarang mengulangi dan menerbitkan semula kenyataan yang memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim di media sosial, laman web dan mana-mana platform sehingga kes saman difailkan Perdana Menteri terhadap Menteri Besar Kedah diputuskan mahkamah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Peguam Datuk SN Nair yang mewakili Anwar berkata Hakim Mahazan Mat Taib membenarkan permohonan inter-parte injunksi dipohon Pengerusi Pakatan Harapan itu pada prosiding yang dijalankan secara dalam talian hari ini di Mahkamah Tinggi Alor Setar.

“Perintah injunksi itu bagi menghalang defendan (Muhammad Sanusi), kakitangan atau ejennya daripada mengulangi atau menerbitkan kenyataan-kenyataan serupa yang mempunyai kecenderungan untuk menggambarkan plaintif (Anwar) sama ada secara langsung atau dengan sindiran dalam mana-mana saluran media sosial defendan, laman web dan mana-mana platform lain sehingga pelupusan kes saman,” kata Nair ketika dihubungi.

Menurut Nair, mahkamah menetapkan 19 Feb 2024 untuk pengurusan kes di hadapan pendaftar menerusi e-Review.

Pada prosiding hari ini, Nair turut dibantu peguam Jaden Phoon Wai Ken manakala Muhammad Sanusi diwakili peguam Yusfarizal Yussoff dan Adam Luqman Amdan.

Hari ini ditetapkan untuk keputusan permohonan itu selepas pihak-pihak terlibat selesai berhujah pada 16 Okt lepas.


Anwar, 76, memohon perintah injunksi itu dalam kes saman difailkannya terhadap Muhammad Sanusi ketika berucap dalam satu kempen pilihan raya “Jelajah PN Best Tambun” tahun lepas.

Pada 13 Dis tahun lepas, Anwar menyaman Muhammad Sanusi, berhubung ucapan berbaur fitnah mengaitkannya dengan perlakuan tidak bermoral dalam satu kempen ceramah “Jelajah PN Best Tambun”.

Anwar dalam pernyataan tuntutannya mendakwa kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud plaintif mendapat pengampunan diraja melalui penipuan dan kekal tidak diampunkan serta telah memperdaya Yang di-Pertuan Agong, seorang pembohong, tidak boleh dipercayai, tidak beretika dan mengkhianati mandat rakyat.

Menurut plaintif kenyataan itu dibuat dengan berniat jahat bertujuan untuk menghasut orang ramai dan menimbulkan kebencian peribadi terhadapnya dan PH semasa tempoh berkempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 Nov tahun lepas.

Muhammad Sanusi dalam pernyataan pembelaannya berkata bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa niat jahat dan memfitnah Anwar, sebaliknya mengkritik Ahli Parlimen Tambun itu bagi tujuan kempen PRU15.

– Bernama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori