Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Sejarah Politik Masa Lalu...

KUALA LUMPUR - Sejarah politik masa lalu perlu sentiasa diingati kerana terdapat pelbagai kesilapan yang perlu...

Berakhir Pilu…. Misteri 4...

MERSING - Selepas tujuh hari dilaporkan hilang, empat sahabat ditemui meninggal dunia di...

Tiada Lagi Amaran, Peniaga...

"TIADA lanjutan tempoh atau amaran akan dikeluarkan kepada usahawan online yang tidak mendaftar...

Amyra Rosli Tepis Dakwaan...

PELAKON jelita Amyra Rosli atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati binti Rosli, 24,...

Mayat Bekas Komando Akhirnya Ditemukan, Masih Lengkap Berpakaian Veteran Tentera

Kluang: Bekas komando, Ab Manan Keri, 73, yang hilang sejak Selasa lalu berikutan kejadian banjir kilat di daerah ini ditemukan lemas berdekatan kebun sawit di Kampung Palembang, di sini, kira-kira 5 petang tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mayat mangsa yang lengkap berpakaian veteran tentera disahkan ahli keluarganya di lokasi kejadian.

“Dipercayai, mangsa hanyut dibawa arus (banjir kilat) ke kebun sawit berkenaan, kira-kira 500 meter dari Sungai Melantai.

“Mayat dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom dan operasi menyelamat dihentikan sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ab Manan dilihat kali terakhir dalam satu majlis jamuan teh di Dataran Tasik Kluang, di sini, Khamis lalu, yang dirakamkan seorang juruvideo bebas, Husin Hassan, 60.

Bekas penyelia kilang itu berkata, bekas komando itu dilihat berbual dengan hadirin yang dipercayai rakan sebayanya.

Katanya, video itu dirakam kira-kira 2 petang sebelum keberangkatan tiba Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar ke majlis berkenaan.

“Mulanya saya hati saya tergerak nak temu bual beliau tetapi tak jadi. Saya rakam video suasana di lokasi kejadian seperti biasa apabila membuat liputan di mana-mana majlis.


“Saya sempat juga cuit pinggangnya (Ab Manan) dan bergurau dengannya, mengatakan pingat dipakai pada bajunya itu mahal dan dia ketawa,” katanya ketika dihubungi.

Dalam video rakaman selama 36 saat itu, Ab Manan yang berpakaian kemeja biru cair dan topi beret hijau kedengaran mengucapkan salam kepada Sultan Johor ketika duduk di meja makan yang disediakan.

Menurut Husin, pada hari kejadian, hujan mula turun kira-kira 4 petang dan kawasan sekitar dilanda banjir kilat setengah jam selepas itu.

“Selepas Tuanku (Sultan Johor) berangkat pulang, kawasan itu dilanda banjir kilat dan orang ramai mula pulang kerana air naik separas buku lali.

“Saya pun pulang selepas itu dan saya tak sangka, beliau adalah komando yang dilaporkan hilang,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Ab Manan dilihat hanyut ke dalam parit berhadapan bangunan Persatuan Eng Choon di Jalan Ismail, kira-kira 4.15 petang Rabu lalu.

HarianMetro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori