Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pelayan Ditembak Mati Kerana...

HANYA kerana menegur seorang pelanggan lelaki supaya tidak merokok, pelayan restoran Julia Brightwell maut akibat...

Jamawi Pula Sindir Fathia,...

NAMPAKNYA nama pelakon, Fathia Latiff terus menjadi bualan hangat di bibir para perwakilan...

Ngeri Gerai, Kereta Ditarik...

HULU SELANGOR - "Ketika sedang kemas gerai tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman amat...

Lebih 100,000 Pemilik Kebun...

HULU TERENGGANU - Lebih 100,000 pemilik dan pengusaha kebun getah di seluruh negara...

Pemegang PLKS Tidak Dibenarkan Berkahwin Dengan Rakyat Tempatan

Kuala Lumpur: Pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) tidak boleh berkahwin dengan rakyat tempatan seperti yang dinyatakan mengikut Akta Imigresen 1956/63 (Akta 155).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Sekiranya gagal untuk mematuhi peraturan berkenaan, Jabatan Imigresen (JIM) boleh membatalkan pas berkenaan serta merta dan mereka boleh diusir dari negara ini.

Sementara itu, Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) memaklumkan, pihaknya tidak akan meluluskan sebarang permohonan selagi JIM tidak membenarkan berbuat demikian.

Katanya, itu antara prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihaknya dan JIM mengenai isu perkahwinan antara pasangan berkenaan.

Jurucakap Jakim berkata, setakat ini semua negeri menggunakan SOP yang sama iaitu hanya membenarkan perkahwinan itu dilangsungkan selepas mendapat kebenaran daripada JIM.

PLKS ialah permit kerja untuk warga asing bekerja secara sah di negara ini diberi kepada tujuh sektor bagi tempoh satu hingga 10 tahun yang ditetapkan kerajaan, selain ciri khas dipamerkan pada pasport individu terbabit.

Pas itu hanya dikeluarkan selepas majikan membuat permohonan bagi Visa Dengan Rujukan (VDR) JIM secara atas talian mahupun manual.


Pekerja asing hanya akan dibenarkan masuk ke negara ini melalui pintu masuk yang diwartakan dengan menggunakan VDR dikeluarkan JIM dan visa kemasukan dikeluarkan oleh Pejabat Perwakilan Malaysia di negara asal.

Selepas semua dokumen diperlukan sudah diluluskan, setibanya pekerja asing itu ke negara ini mereka perlulah diambil oleh majikan di pintu masuk negara dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.

Bagi tujuan pengeluaran PLKS, majikan diberi tempoh 30 hari untuk melaksanakan pemeriksaan kesihatan ke atas pekerja asing di pusat kesihatan yang berdaftar dengan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA).

Permit itu hanya dikeluarkan selepas pekerja asing disahkan sihat oleh pusat kesihatan yang berdaftar dengan FOMEMA. Sekiranya pekerja asing didapati tidak sihat, majikan hendaklah menghantar pekerja asing pulang pada kadar segera dengan memohon Memo Periksa Keluar

Tempoh sah laku PLKS adalah selama 12 bulan dan lanjutan tempoh sah laku boleh dipohon tiga bulan sebelum tarikh tamat. Majikan perlu memainkan peranan masing-masing supaya permohonan lanjutan dikemukakan sebelum tarikh tamat tempoh sah laku PLKS.

HarianMetro-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori