Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Video: Bapa Simbah Anak...

RAKAMAN kekecohan melibatkan seorang bapa menyimbah air bagi menghalau anak-anaknya kini hangat diperkatakan...

BN Perak Selesai Pembahagian...

IPOH - Barisan Nasional (BN) Perak telah menyelesaikan isu pembahagian kerusi Dewan Undangan...

Gelandangan: NGO Ingin Salur...

KUALA LUMPUR - Badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menyumbangkan bantuan kepada golongan...

Lee Kuan Yew Masih...

SINGAPURA - Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew masih menjalani rawatan menggunakan...

Penganggur Didakwa Bunuh Ibu Bapa Di Sungai Penchala

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu dan bapanya yang mayat mereka ditemukan terbaring berlumuran darah di lantai rumah dipercayai akibat ditikam berkali-kali.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Afendi Muhammad Agus @ Muhamed Ali, 42, mengangguk faham selepas dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh bapanya Muhammad Agus@Muhamed Ali Omar, 82, dan ibunya Darlisma Njatu Saleh, 72, di sebuah rumah di Kampung Sungai Penchala, Jalan Penchala Hilir 6, Brickfields di sini, pada 7.10 malam dan 7.20 malam, 9 Dis lepas.


Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Vivien Yeap Jie Xi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori