Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Edar Dadah: Bekas Juruteknik...

KUANTAN - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati...

Wanita Maut Dilanggar Tayar...

MANJUNG - Hasrat seorang ibu untuk menghantar rombongan perkahwinan anaknya tidak kesampaian apabila...

PDRM Lancar Op Lancar,...

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan Op Lancar pada 18...

Kali Pertama Iran Mula...

TEHERAN - Kerajaan Iran mengumumkan buat julung kali wanita sebagai duta yang pertama...

Penunggang Motosikal Cedera ‘Dilanggar’ Pejalan Kaki

GOMBAK: Seorang penunggang motosikal cedera ringan selepas terjatuh akibat pelanggaran dengan pejalan kaki yang melintas secara terburu-buru di Prima Sri Gombak, di sini kelmarin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata pihaknya mengesan video tular berdurasi 22 saat memaparkan kejadian itu jam 9 pagi tadi.

“Video yang dikongsi Facebook itu memaparkan seorang pejalan kaki dilanggar oleh sebuah motosikal ketika hendak melintas jalan.

“Kejadian berlaku jam 3.45 petang kelmarin membabitkan seorang penunggang motosikal warga tempatan berusia 27 tahun yang sedang dalam perjalanan dari Keramat, Kuala Lumpur ke Taman Seri Gombak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu video tular itu mendapat pelbagai reaksi warganet apabila pejalan kaki terbabit dilihat melintas jalan tergesa-gesa ketika motosikal berkenaan dilihat bergerak ketika lampu isyarat hijau.


Akibat tidak sempat mengelak, motosikal terbabit melanggar pejalan kaki berkenaan membuatkan kedua-dua mereka terpelanting dan terjatuh di jalan raya.

Mengulas lanjut Noor Ariffin meminta pejalan kaki dan pemilik rakaman kamera papan pemuka terbabit supaya tampil membuat laporan kerana setakat ini hanya dibuat oleh penunggang motosikal.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan atau saksi kejadian juga diminta tampil bagi membantu siasatan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori