Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

GPS Terima ‘Lamaran’ Muhyiddin,...

PETRA JAYA - Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersetuju untuk menyertai Kabinet Kerajaan Persekutuan...

Kotak Hitam Pesawat CN235...

PETALING JAYA - Kotak hitam pesawat CN235 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)...

ZTE Nubia Z9, Peranti...

PENGELUAR peranti mudah alih terkenal dari China, ZTE sedia menawarkan sejumlah peranti mereka...

Sah Penyanyi ‘Gelandangan’ Itu...

BEBERAPA hari lepas kecoh di laman sosial tentang seorang gelandangan yang telah mencuri...

Ramasamy Saman Zakir Naik, Dakwa Difitnah Pada Ceramah Di Nigeria

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy mengemukakan saman terhadap pendakwah bebas dari India, Dr Zakir Naik, dengan mendakwa difitnah pada satu ceramah di Nigeria, bulan lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ramasamy memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutannya pada 3 Disember lalu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di sini dengan menamakan Zakir selaku defendan tunggal.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Ramasamy mendakwa Zakir atau nama penuhnya, Zakir Abdul Karim Naik mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya pada satu ceramah di Sokoto, Nigeria, 2 November lalu.

Menurut Ramasamy, rakaman ceramah itu dimuat naik oleh Zakir pada 4 November lalu di laman Facebook miliknya yang mempunyai lebih kurang 23 juta pengikut, yang menyentuh mengenai kemenangan kes saman fitnahnya (terhadap Ramasamy), dan mendakwa defendan menggelarnya sebagai musuh umat Islam.

Pada 2 November lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Ramasamy membayar RM1.52 juta kepada Zakir kerana mengeluarkan lima kenyataan fitnah terhadapnya.

Ramasamy menegaskan, tuduhan Zakir adalah palsu, berbaur fitnah dan dibuat dengan niat jahat, yang mampu membentuk maksud biasa dan semula jadi bahawa beliau seorang rasis dan anti-Islam jika ia dibawa kepada perhatian orang yang munasabah.

Berikutan tuduhan itu, Ramasamy berkata, Zakir membuat kenyataan tanpa asas dan provokasi yang merosakkan nama baik dan reputasinya, selain dibenci, dijauhi, dihina, ditertawakan atau dipandang rendah oleh masyarakat khususnya orang Islam.


“Saya tidak hadir pada majlis itu dan tidak dapat membela atau membalas tuduhan berkenaan. Defendan disanjungi umat Islam seluruh dunia sebagai tokoh agama , jadi tuduhan itu dipercayai bulat-bulat masyarakat Islam terutama pengikutnya sehingga saya mendapat kecaman dan ugutan teruk di media sosial,” katanya.

Ramasamy berkata, walaupun sudah menghantar surat tuntutan bagi memberi peluang menarik balik kenyataan itu, Zakir gagal memenuhi terma dinyatakan dalam surat berkenaan atau memberikan sebarang penjelasan.

Sehubungan itu, Ramasamy menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan dan memohon perintah injunksi mandatori supaya defendan menarik balik tuduhannya dan memadamkan rakaman video di semua laman sosial milik defendan.

Ramasamy turut menuntut Zakir membuat permohonan maaf terbuka dan tanpa syarat yang akan diterbitkan di akaun Facebook milik defendan selama 30 hari dan menerbitkan permohonan maaf di beberapa akhbar tempatan berbahasa Malaysia, Inggeris, Cina dan Tamil.

Dalam prosiding pengurusan kes hari ini yang dijalankan secara e-review di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Nur Shasha Hidayah Nor Azahar, mahkamah memerintahkan Zakir memfailkan pernyataan pembelaan pada atau sebelum 16 Januari ini dan menetapkan tarikh pengurusan kes lanjut pada 19 Februari ini.

Pada prosiding berkenaan, Zakir diwakili peguam Meor Hafiz Salehan manakala Dr Shamser Singh Thind bertindak untuk Ramasamy.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori