Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Risiko Banjir – Penduduk...

CAMERON HIGHLANDS - Penduduk yang tinggal di sepanjang tebing Sungai Bertam dan Ringlet...

Mahkamah Tinggi Kekalkan ‘Sultan...

MELAKA - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen melepas...

Gempa Bumi 6.3 Skala...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter melanda...

‘Halal Speed Dating’: Kaedah...

SEMEMANGNYA perasaan cinta dan mahu berpasangan adalah fitrah bagi semua manusia.Malangnya, tidak semua pasangan...

Resolusi UNSC Mengenai Gaza Gagal Tangani Isu Penting – Mapim

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) pada Isnin menzahirkan kekesalan bahawa Israel meningkatkan serangan ke atas Gaza walaupun Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) telah menerima pakai resolusi Jeda Kemanusiaan di Gaza.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ini merupakan resolusi yang tidak menampakkan ketegasan dan tidak menangani isu utama iaitu Israel melanggar undang-undang antarabangsa.

“Malah sehari selepas resolusi itu diluluskan, Kementerian Kesihatan di Gaza berkata, 166 warga Palestin terkorban, 384 cedera dalam serangan Israel dalam 24 jam lepas.

Resolusi itu tidak bermakna jika serangan Israel tidak dinoktahkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.


Beliau berkata, walaupun resolusi ini mengikat dari segi undang-undang antarabangsa, banyak resolusi Majlis Keselamatan yang mengikat dari segi undang-undang antarabangsa tidak dipatuhi Israel.

Pada Jumaat lepas UNSC meluluskan satu resolusi agar akses kepada bantuan kemanusiaan ke Gaza dipercepatkan, dijamin selamat dan diperluaskan serta mewujudkan suasana sesuai bagi menghentikan kekejaman.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori