Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Dakwaan Koronavirus Dibuat Dalam...

KUALA LUMPUR - Dakwaan sesetengah netizen bahawa 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) dihasilkan dalam...

Jose Peseiro Segera Tinggalkan...

PORTO - FC Porto telah mengumumkan bahawa jurulatih Jose Peseiro akan pergi meninggalkan...

4 Mayat Rentung Ditemui...

IPOH - Empat orang yang ditemui rentung dalam sebuah kereta di Kilometer 265.4...

Mayat 3 Pendaki Terkenal...

MONTREAL - Mayat tiga pendaki profesional terkenal dunia, dua warga Austria dan seorang...

Rozi Tekad Pastikan UMNO Jadi Suara Pejuang Hak Rakyat

KUALA TERENGGANU : Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu yang baharu, Datuk Rozi Mamat bertekad mahu memastikan parti itu menjadi suara yang kuat dan berkesan dalam memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Terengganu khususnya dalam isu-isu sosio ekonomi yang menjadi kebimbangan utama ketika ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau mengakui cabaran yang bakal dihadapi dalam mengemudi bahtera UMNO Terengganu bukan satu tugas yang mudah, namun akan menggunakan pendekatan lebih sesuai selepas ini.

“Terengganu, dengan keunikan sosial dan budayanya, memerlukan pendekatan yang bersesuaian dan inklusif untuk merangkul semua lapisan masyarakat.

“Keutamaan saya adalah untuk memastikan UMNO Terengganu menjadi suara yang kuat dan berkesan dalam memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Terengganu, khususnya dalam menghadapi isu-isu sosioekonomi yang menjadi kebimbangan utama mereka.

“Marilah kita bersatu padu demi masa depan UMNO dan Terengganu yang lebih gemilang,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Khamis lalu, UMNO mengumumkan pertukaran dua pengerusi badan perhubungan UMNO di dua negeri iaitu Johor dan Terengganu.


UMNO dalam satu kenyataan memaklumkan, Rozi dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu menggantikan Datuk Seri Ahmad Said dan Datuk Onn Hafiz Ghazi pula menggantikan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Johor.

Rozi yang sebelum ini menjadi Setiausaha UMNO Negeri Terengganu berkata, beliau juga berterima kasih kepada pucuk pimpinan parti yang memberi kepercayaan itu dan kepada bekas pengerusi terdahulu atas sumbangannya terhadap parti selama ini.

“Dengan penuh rasa hormat dan keinsafan, saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas kepercayaan yang diberikan oleh Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan barisan Majlis Kerja Tertinggi UMNO kepada saya untuk mengemudi 9UMNO di Terengganu.

“Saya juga merakamkan ribuan terima kasih kepada Datuk Seri Ahmad Said atas sumbangan beliau kepada UMNO Terengganu selama ini,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori