Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Awie Bakal Filemkan Kisah...

PENYANYI Awie dan Erra Fazira pernah mempunyai sejarah percintaan ketika di zaman kegemilangan...

Video Panas Mirip Zul...

“SEDANGKAN muka Mark Zuckerberg pun orang boleh ‘deepfake’, inikan pula saya,” kata pelakon...

MPKK Larang Jual Minuman...

Kuala Kangsar : Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) akan melaksanakan larangan menjual minuman...

Wenger ‘Malas’ Layan Kecaman...

ARSENE Wenger kini hanya memberi fokus kepada kelayakan Liga Juara-Juara berbanding protes terhadap...

Sarawak Terima 1,108 Guru Baharu

PUTRAJAYA – Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) menerima 1,108 guru baharu terdiri daripada siswazah keluaran universiti awam dan swasta.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

JPNS dalam kenyataan memaklumkan daripada jumlah itu, sebanyak 422 guru ditempatkan di sekolah rendah, manakala 686 guru di sekolah menengah berkuat kuasa Khamis depan (28 Disember).

“JPNS mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan Kementerian Pendidikan (KPM) yang menempatkan guru baharu berkenaan.


“Selain itu, sekalung penghargaan kepada KPM, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Sarawak (MEITD) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Cawangan Sarawak (SPP) atas sokongan dalam membantu mengatasi masalah kekurangan guru di Sarawak,” menurut jabatan itu.

Kenyataan itu memberitahu JPNS akan bekerjasama erat dengan KPM, SPP dan semua pihak berkepentingan pendidikan dari semasa ke semasa bagi memastikan isu kekurangan guru di Sarawak dapat diatasi.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori