Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Polis Syor Guna Dron...

BUKIT KAYU HITAM – Polis akan mengesyorkan penggunaan teknologi baharu termasuk dron bagi...

Jawapan ‘Berbisa’ Kepada Peminat...

MAAF kalau kisah penyanyi Shila Amzah banyak menghiasi ruangan Artis hari ini.(BACA: Shila...

Amy Kecewa Digelar Anjing...

VOKALIS kumpulan rock Search, Amy bengang dan kecewa dengan anak pemain dram kumpulan...

Mahkamah Tolak Rayuan Rosmah,...

Keputusan kes rasuah Rosmah Mansor di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan tetap disampaikan...

Serangan Tembakan Siam Paragon: Belum Boleh Bicara Suspek

BANGKOK – Pihak berkuasa tidak boleh meneruskan tindakan undang-undang ke atas suspek serangan tembakan pusat beli-belah, Siam Paragon sehingga dia dirawat kerana masalah mental dialaminya.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kenyataan tersebut dibuat Pejabat Peguam Negara (OAG) pada Jumaat selepas pihaknya menilai remaja berusia 14 tahun itu tidak boleh dibicarakan buat masa ini.

“Pendakwa raya awam menolak laporan kes dikemukakan polis kerana penilaian psikiatri di Institut Galya Rajanagarindra belum selesai,” kata jurucakapnya, Prayuth Phetkhun.


Pasukan perubatan yang merawat suspek dijadualkan bertemu semula pada bulan depan untuk penilaian baharu kesihatan mental dan laporan perkembangan rawatan perlu diberikan bagi tempoh setiap 180 hari.

Ketika insiden menggemparkan pada Oktober lalu, sekurang-kurangnya tiga maut, manakala empat cedera selepas remaja berkenaan melancarkan serangan tembakan di gedung mewah tersebut.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori