Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Bekas Menteri Pengajian Tinggi...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Pengajian Tinggi, Tan Sri Shafie Mohd. Salleh, 73,...

Orang Asli Lapor Polis...

GUA MUSANG - Sekumpulan 50 penduduk Orang Asli suku Temiar dari enam pos...

Agensi Angkasa Negara Tutup...

KUALA LUMPUR - Semua pusat operasi di bawah Agensi Angkasa Negara (Angkasa) akan...

Pendengaran Rayuan Ditangguh, Kerajaan...

PUTRAJAYA - Rayuan Kerajaan Negeri Selangor berhubung tindakannya memohon semakan semula kehakiman berkaitan...

SOP Covid-19 Di PPS Kekal – Zaliha

SEGAMAT : Kementerian Kesihatan (KKM) akan meneruskan dan mengekalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sama di semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir bagi membendung penularan wabak Covid-19.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurut Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa, trend peningkatan kes ketika ini belum pada tahap membimbangkan dan masih terkawal.

“Kakitangan KKM juga akan ditempatkan di PPS dan sedia maklum mengenai SOP sedia ada.

“Ini termasuk menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas penduduk terjejas banjir terutama yang mempunyai gejala.

“Pihak KKM sememangnya telah bersiap siaga menghadapi musim monsun timur laut dan banjir yang dijangka berlaku bila-bila masa.

“Persediaan seperti kit ujian covid, termometer dan lain-lain seperti biasa jika ada kes kita akan buat isolasi dan kita akan kuarantin. SOP tetap sama InsyaAllah,”katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sekijang menegaskan peningkatan kes ketika ini hanya melibatkan kes-kes kecil dan gejala yang ringan.


Minggu epidemik 47 menunjukkan pertambahan kes sehingga 3626 kes berbanding 2305 kes pada minggu sebelumnya.

Beliau berkata demikian ketika di temui pada Program Felda Medoi AgroFest, Hari Kanak-Kanak Sedunia 2023 dan Program Saringan Kesihatan Di Pusat Ekonomi Digital (PEDI) di Felda Medoi, Segamat hari ini.

Hadir sama Pegawai Kesihatan Segamat Dr. Zahid Kassim.

Dalam pada itu, beliau berharap lebih banyak Pusat Ekonomi Digital, (PEDi) di seluruh negara dapat melaksanakan program saringan kesihatan tidak berjangkit (NCD) khusus untuk penduduk.

Pemeriksaan kesihatan penduduk melibatkan bacaan BMI, tekanan darah, kencing manis dan kolestrol itu penting bagi memperkasakan penjagaan kendiri dan kesedaran awal dalam kalangan komuniti setempat.

Sementara itu, di Parlimen Sekijang, seramai 321 penduduk telah mendapatkan saringan kesihatan di empat PEDi bermula 5 Disember sehingga 8 Disember

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori