Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Prasarana Jumpa APAD, DBKL...

SUNGAI BULOH - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan mengadakan pertemuan dengan Agensi Pengangkutan...

Dong Jiao Zong Anjur...

SHAH ALAM - Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan...

Laporan: Ekonomi Global Dijangka...

KUALA LUMPUR- Ekonomi global dijangka mencatat pertumbuhan sebanyak 3.9 peratus pada 2015, didorong...

Enam Poliklinik Buat Veteran...

JITRA – Kementerian Pertahanan akan membina enam poliklinik khas untuk bekas anggota dan...

‘Superman’ Kecundang Di LPT Kini Diburu Polis Trafik

KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu sekumpulan penunggang motosikal yang melakukan aksi ‘superman’ yang dirakam dalam klip video tular memaparkan beberapa individu menunggang secara berbahaya sebelum terjatuh di Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Klip video berdurasi 28 saat itu memaparkan kumpulan penunggang motosikal terbabit, bersaing sesama sendiri sambil membuat aksi ‘superman’ sebelum seorang daripada mereka hilang kawalan lalu terjatuh.

Insiden berkenaan menyebabkan beberapa penunggang lain yang mengekori dari belakang pada kelajuan tinggi turut terjatuh selepas gagal mengelak rakan mereka yang terbabas itu.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam satu hantaran di Facebook, berkata kejadian dipercayai berlaku berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh di Lebuhraya Pantai Timur.


“JSPT sudah mengarahkan JSPT Pahang mengesan dan menjalankan siasatan terhadap penunggang motosikal yang terlibat.

“JSPT menggesa kepada mereka yang terbabit untuk segera tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan memandangkan nombor pendaftaran sudah dikenal pasti ,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori