Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kepuasan Pengangkutan Awam Meningkat...

KUALA LUMPUR - Hasil Tinjauan Kepuasan Pelanggan terhadap pengangkutan awam meningkat kepada 84...

2 Sekolah Diberi ‘Memo’,...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) memberi peringatan tegas kepada pentadbir dua sekolah kerana...

Ada Tali Barut Kuasa...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan terdapat pihak...

Sudah Merokok Seawal 10...

PETALING JAYA - Tinjauan dilakukan Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan dalam setiap lima pelajar,...

Tiga Remaja Didakwa Culik Kanak-kanak

JOHOR BAHRU – Tiga remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu atas pertuduhan menculik seorang kanak-kanak lelaki bulan ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bagaimanapun ketiga-tiga tertuduh mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret, R Salini.

Mengikut kertas pertuduhan, seorang remaja berusia 18 tahun bersama dua rakannya yang berusia 15 dan 17 tahun didakwa secara bersama telah menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun.

Perbuatan itu dilakukan di tepi Jalan Serampang di Johor Bahru lebih kurang jam 5.15 petang pada 12 Disember lalu.

Pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun berserta denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shamira Mohd Luthfi Ismail manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.


Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM2,500 bagi setiap tertuduh.

Bagaimanapun dua tertuduh remaja bawah umur perlu diikat jamin oleh ibu bapa atau penjaga yang sah.

23 Januari depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk penyerahan laporan sosial dan laporan akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dua minggu lalu, tular di media sosial mengenai kejadian culik melibatkan seorang warga Singapura yang mendakwa cedera parah ketika menyelamatkan anak lelakinya daripada menjadi mangsa culik di bandar raya itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Polis Raub Selamat dalam satu kenyataan berkata, motif penculikan disyaki bagi mendapatkan wang tebusan sebanyak RM300,000.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori