Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bekas Pengurus Projek Petronas...

KUALA LUMPUR - Bekas Pengurus Projek Petronas ICT Sdn. Bhd. (Petronas ICT) didakwa...

Nad Zainal Selamat Lahirkan...

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon Nad Zainal yang telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya,...

Portal JobsMalaysia 2.0 Tampung...

CYBERJAYA — Portal JobsMalaysia 2.0 yang dilancarkan hari ini boleh menampung sehingga 19...

Lelaki Kantoi Ambil Video...

SEORANG gadis menerusi laman Facebooknya membuat pendedahan bahawa terdapat seorang lelaki 'gila' yang...

Tukang Kebun Dituduh Rogol Murid OKU Dalam Kereta

MUAR: Seorang tukang kebun didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan merogol murid perempuan orang kurang upaya (OKU) intelektual dalam kereta di tepi Jalan Bakri, tahun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Nilhakim Kassim, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibaca oleh jurubahasa di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu ke atas mangsa berusia sembilan tahun, dalam kereta miliknya yang diparkir tepi jalan.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan juga sebatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Arif Marzuki manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada prosiding itu, mahkamah tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh kerana kes ini di bawah bidang kuasa Mahkamah Sesyen.


Kejadian itu berlaku tahun lalu, ketika tertuduh bekerja di sekolah mangsa, membawanya bersiar-siar dengan menaiki kereta.

Sebaik tiba di lokasi, tertuduh memberhentikan keretanya di tepi jalan lalu merogolnya dan mangsa dilaporkan tidak melawan malah hanya menuruti perintah tertuduh.

Bagaimanapun, mangsa hanya menceritakan kejadian itu bulan lalu kepada ibu angkatnya berusia 62 tahun. Susulan itu, mangsa ditemani ibu angkat membuat laporan di Balai Polis Bakri.

Susulan pengakuan tidak bersalah tertuduh, mahkamah menetapkan kes ini disebut semula di Mahkamah Sesyen pada 16 Januari depan untuk serahan dokumen dan juga laporan perubatan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori