Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

KPN Minta Rakyat Renung...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihatkan rakyat...

Fazura Kirim 50 Kuntum...

MESKIPUN cuma bergelar sahabat baik, pelakon Fattah Amin tetap diraikan secara istimewa dan...

Tiga Buah Rumah Di...

GEORGETOWN - Penghuni tiga buah rumah di Jalan Madrasah, Jelutong di sini bukan...

Galaxy S8 Telefon Pintar...

SEOUL - Telefon bimbit Galaxy S8 keluaran Samsung Electronics Co, mendahului senarai telefon...

Ular Sawa Seberat 20kg Dalam Bonet Kereta

ALOR GAJAH: Ular sawa sepanjang empat meter dengan berat kira-kira 20 kilogram ditemukan ‘menyorok’ dalam bahagian enjin sebuah kereta Proton Wira di Kampung Pantai Belimbing, di sini, semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pemilik kenderaan, Zaini Syawa, 54, berkata kejadian disedari kira-kira 8 pagi ketika mahu memeriksa bateri untuk menghidupkan enjin kereta yang di parkir di garaj rumah dengan menggunakan kabel ‘jumper’.

Katanya, kereta terbabit sudah setahun tidak digunakan kerana dia menunggang motosikal dan mempunyai sebuah kereta lain untuk ke tempat kerja di sebuah kuari berdekatan.

“Buka saja bonet kereta saya terkejut melihat ular sawa batik berlingkar sebelum terus menghempaskan pintu bonet sebelum berlari ke rumah rakan berdekatan untuk meminta bantuan.

“Rakan saya kemudian menelefon Angkatan Pertahanan Awam (APM) Alor Gajah yang berjaya mengeluarkan ular sawa itu dalam masa kira-kira sejam.

“Mulanya saya ingatkan kucing tidur dan mungkin ular itu datang dari kawasan sawah padi di belakang rumah,” katanya dihubungi sebentar tadi.


Zaini berkata, kejadian itu pertama kali berlaku dan dia mengesyaki ular sawa itu mahu memakan itik peliharaan jirannya yang sebelum ini beberapa kali terserempak reptilia itu di kawasan reban.

Pegawai Operasi, Bencana dan Logistik Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom, berkata tiga anggotanya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.20 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi jam 8.50 pagi, anggota kami menemukan seekor ular sawa batik sepanjang empat meter berlingkar di bahagian enjin dalam bonet.

“Walaupun ular sawa itu agak agresif, namun berjaya ditangkap dalam masa hampir sejam dan dibawa balik ke PDPA Alor Gajah untuk tindakan lanjut,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori