Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Video: Tentera AS Kongsi...

VIDEO seorang bekas tentera Amerika Syarikat menceritakan bagaimana dia tertarik untuk memeluk agama...

Lelaki 49 Tahun Mangsa...

TANGKAK - Mangsa pembunuhan kejam, yang badannya dikerat kepada beberapa bahagian di Kampung...

Miliki 1kg Kanabis, Nelayan...

KUALA TERENGGANU - "Jika diikut pertuduhan asal, kamu boleh dijatuhi hukuman mati, tetapi...

Pamer Plat Palsu, Ibu...

KUALA LUMPUR - Seorang ibu tunggal tiga anak didenda RM5,500 atau satu bulan...

Wanita Didakwa Meninggal Dunia Akibat Makan Sandwic Basi

Kuala Lumpur: Tular di media sosial berhubung dakwaan seorang wanita meninggal dunia selepas menjamah roti sandwic basi yang dibeli dekat Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing, Terengganu, baru-baru ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurut perkongsian Sahara Nabilah di akaun Facebooknya, dia menceritakan keadaan ibu saudaranya yang keracunan makanan sehingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu, untuk mendapatkan rawatan.

Dakwanya, ibu saudaranya ketika itu berada dalam keadaan kritikal sebelum diumumkan meninggal dunia di hospital berkenaan.

“Mak cik (ibu saudara) saya baru saja meninggal dunia malam tadi. Datang dari Johor ke Terengganu untuk pendaftaran anak buat ke UNISZA (Universiti Sultan Zainal Abidin), singgah makan di R&R Perasing. (Dia) makan sandwic beli di R&R tersebut.

“Basi rupanya, kena keracunan makanan dua mangsa… Mak cik dan anak buah. Tetapi mak cik (dalam keadaan) yang teruk. Kritikal, muntah dan berak tanpa henti. Masuk air, rebah

“Masuk ICU (unit rawatan rapi) di (Hospital) Sultanah Zahirah dan meninggal malam tadi,” katanya dalam catatan di Facebook bertarikh 19 Disember lalu.

Wartawan sudah menghubungi Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapat penjelasan mengenai dakwaan itu, namun setakat ini belum menerima sebarang reaksi.


Mengulas lanjut perkembangan terkini arwah ibu saudaranya, Sahara berkata, jenazah selamat disemadikan di Johor Bahru.

Bagaimanapun, dia berharap akan ada tindakan susulan dari KKM berhubung nasib yang menimpa arwah ibu saudaranya.

“Alhamdulillah dipermudahkan urusan bawa balik jenazah ke Johor Bahru dan selamat dikebumikan.

“Insiden (berlaku) dalam masa dua hari saja. Amat dukacita. (Apa pun) berhati-hati apabila makan. Kepada peniaga, tolonglah bertanggungjawab sediakan makanan bersih dan jangan jual makanan berulang yang tak habis.

“Pihak hospital telah buat laporan kejadian kepada KKM. Semoga ada tindakan yang akan diambil,” katanya.

HarianMetro-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori