Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

AS Harap Malaysia Layak...

KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) yang menjadi tuan rumah Piala Dunia 2026 bersama...

ADUN PAS Tak Jadi...

IPOH - Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS tidak jadi menghadap Sultan...

MB Johor Jawab Isu...

ISKANDAR PUTERI - Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan menjawab...

Nana Mahazan Dikritik Pakai...

PENGACARA karpet merah Anugerah Bintang Popular ke-29, Nana Mahazan dikritik segelintir netizen gara-gara...

Wanita Ditemui Mati Dengan Kesan Kelar Di Leher, Ditetak Seluruh Badan

BEAUFORT : Mayat seorang wanita dengan kesan kelar di leher dan tetakan pada beberapa bahagian badan, ditemui dalam kawasan belukar ladang sawit Kampung Ulu Bambangan dekat Membakut, di sini, semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mayat wanita warga Filipina berusia 43 tahun itu ditemukan ahli keluarganya sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak polis kira-kira jam 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Ismail Abdullah, berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai hilang ketika keluar ladang sawit tempatnya bekerja.

Beliau berkata, suami mangsa kemudian mencari isterinya sebelum menemui sehelai seluar warna hitam milik mangsa di tempat kerja suami mangsa di kebun sawit yang sama.

“Ahli keluarga seterusnya berusaha mencari mangsa di sekitar penemuan seluar itu sebelum menemui mayat mangsa dalam belukar berhampiran.

“Ketika ditemui, ada kesan kecederaan tetakan di beberapa bahagian badan mangsa,” katanya.


Ismail berkata, pemeriksaan dan siasatan oleh Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah mendapati tapak tangan sebelah kanan mangsa hampir putus.

“Selain itu, kesan luka bahagian dahi sebelah kanan dan kesan kelar di bahagian leher yang dipercayai kesan kecederaan akibat ditetak dengan senjata tajam.

“Susulan kejadian itu, polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Filipina berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun yang kini direman bagi membantu siasatan,” katanya.

Ismail berkata, usaha mengesan suspek lain masih giat dijalankan dengan bantuan Unit Siasatan Khas (D9), Unit Anjing Pengesan (K9) dan Unit Forensik IPK Sabah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori