Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

KPDNKK Beri Masa Sebulan...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi tempoh sebulan...

5 Anggota Sindiket Palsu...

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia menahan tiga lelaki tempatan dan dua wanita...

Tumpahan Merkuri Di Klinik...

KUALA TERENGGANU - Insiden tumpahan cecair merkuri di Klinik Kesihatan Merchang, di Marang...

Zul Huzaimy Juara All...

SHAH ALAM - Pelakon dan pengarah, Zul Huzaimy Marzuki muncul juara program All...

‘Zayn Satu-satunya Yang Tahu Isi Hati Ibu’

PETALING JAYA: Ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin semalam sekali lagi kongsikan kerinduannya kepada anaknya itu, dengan memuat naik gambar pintu bilik kanak-kanak terbabit bersama seorang lagi anaknya, dalam akaun Instagram (IG) beliau.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ismanira Abdul Manaf, 28, melalui hantarannya itu menunjukkan gambar pintu bilik yang bertulis nama ‘Zayn Zahin’, iaitu tempat tidur arwah Zayn Rayyan sebelum ini bersama adiknya.

Ismanira turut memuat naik sekeping gambar lama beliau bersama Zayn Rayyan, dengan pesanan meruntun jiwa ditujukan kepada ‘anak syurganya’, hari ini.

“Tiada siapa yang tahu betapa besar rasa sayang ibu kepada Zayn.

“Setelah semua ini, hanya Zayn satu-satunya yang tahu isi hati ibu,” menurut hantaran dimuat naik dalam IG milik Ismanira bagi menggambarkan perasaan sedih beliau atas kehilangan Zayn Rayyan.


Sebelum ini, media melaporkan kanak-kanak autisme berusia enam tahun itu ditemukan meninggal dunia di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, kira-kira jam 10 malam Rabu lalu.

Sebelum itu, Zayn Rayyan dilaporkan hilang pada Selasa lalu dan dikatakan kali terakhir dilihat memasuki kawasan belukar berhampiran apartmen berkenaan.

Mangsa dilaporkan disedari hilang oleh ibunya ketika menaiki tangga untuk pulang ke rumah mereka di tingkat tiga apartmen terbabit kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Susulan penemuan mayat mangsa, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan kematiannya diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori