Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Harimau Malaya naik Barracuda...

KUALA LUMPUR - Skuad bola sepak negara terpaksa dibawa menaiki kereta perisai jenis...

Anwar, Mahathir Calon PM...

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahuddin Ayub memaklumkan parti...

JDT Kelab Pertama Jalin...

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi kelab pertama di Malaysia yang menjalin...

Godam Kad Touch ‘n...

PETALING JAYA - Sepasang suami isteri ditahan polis di Kota Damansara di sini...

395,870 Calon Ambil Peperiksaan SPM Tahun Ini

Putrajaya : Seramai 395,870 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 di 3,340 pusat peperiksaan seluruh negara.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, 129,635 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan berkenaan.

KPM dalam kenyataan itu mengingatkan semua calon untuk merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi sepanjang peperiksaan berlangsung.

Jadual waktu peperiksaan tersebut boleh dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan (LP) melalui pautan lp.moe.gov.my.

Calon turut diingatkan untuk membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan serta mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan.

“Semua calon peperiksaan SPM Tahun 2023 dinasihatkan untuk memaklumkan kepada pihak sekolah atau jabatan pendidikan negeri (JPN) dengan segera sekiranya tidak dapat hadir di pusat peperiksaan yang telah ditetapkan atau mana-mana pusat peperiksaan berhampiran disebabkan oleh bencana,” menurut kenyataan itu.


Kenyataan itu memaklumkan bahawa calon juga boleh menghubungi talian bilik gerakan peperiksaan yang disediakan di ibu pejabat LP dan JPN seluruh negara.

Menurut kenyataan itu, KPM sentiasa siap siaga dengan mekanisme dan langkah persediaan sewajarnya termasuk bekerjasama dengan agensi kerajaan lain yang berkaitan dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana termasuk banjir sepanjang peperiksaan berlangsung.

“KPM komited untuk melakukan yang terbaik bagi memastikan peperiksaan SPM Tahun 2023 dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur. KPM juga mendoakan agar semua calon dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan sihat, selamat dan sejahtera,” menurut kenyataan itu.

Ujian Bertutur Bahasa Melayu akan dilaksanakan bermula 8 hingga 11 Januari ini manakala Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (17-23 Januari), Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (29 Januari) dan peperiksaan bertulis (30 Januari hingga 7 Mac), sementara Ujian Amali Sains telah dilaksanakan pada 5 hingga 7 Disember lalu.

-Harian Metro

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori